02 Disember 2017

DIGITAL MONEY

SAFETY-BTC MINING Digital Money adalah salah satu kaedah urus niaga yang akan digunakan pada masa kini dan masa depan, sekarang sebahagian negara telah mengunakan dengan meluas oleh masyarakat seperti di China, India dan negara kita juga sebahagian peniaga mengunakan untuk urus naiaga dan telah digunakan namun masih belum meluas namun pasti satu masa nanti ianya akan digunakan secara meluas. Persoalannya adakah ianya akan digunakan dan diluluskan oleh kerajaan, jika dilihat isu semasa oleh BNM akan mengeluarkan peratuaran berhubung pengunaannya di masa akan datang. Oleh yang demikian sudah pasti ianya akan digunakan secara langsung di negara kita untuk urus niaga yang lebih mudah cepat dan mesra pengguna. Cuma bagaimana ianya digunakan dan bagaimana untuk mendapatkan digital money seperti Bitcoin (paling popular) dan lain -lain lagi ada hampir 1000 jenama matawang digital di pasaran namun sebahagian darinya belum bernilai tinggi sperti Bitcoin yang ketika ini Disemebr 2017 bernilai RM 40,000.00 bagi 1 Bitcoin. . Ianya amat mudah dan hanya dengan sedikit modal pembelian anda akan mendapat bonus setiap hari yang akan dimasukkan terus ke dalam wallet anda. Apa yang perlu sekarang hanya daftar dan smart phone, bayaran bonus akan dimasukan terus ke wallet. Tunggu apa lagi jom join klik di atas di bawah... SAFETY-BTC MINING Kami sedia membantu anda merealisasikan pendapatan masuk setiap hari,....

03 Februari 2014

BEKAM


Bekam kurang risiko diabetes

KOTA BHARU 29 Jan. - Hasil kajian yang dijalankan seorang penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati rawatan berbekam mampu mengawal penyakit diabetes serta mengurangkan risiko untuk menghidapi penyakit kardiovaskular.
Pensyarah Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kubang Kerian, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail berkata, kajian yang dijalankan sejak dua tahun lalu itu membuktikan paras gula dalam darah boleh menurun apabila rawatan tersebut dijalankan secara konsisten.
Beliau berkata, bukan sahaja paras gula dalam darah tetapi semua parameter fungsi ginjal seperti serum urea, kreatinin dan asid urik yang mendorong kepada penyakit diabetes turut menunjukkan penurunan apabila melakukan bekam.
"Secara tidak langsung, masalah gout juga dapat dikawal kerana kadar asid urik dalam tubuh berkurangan selepas menjalani rawatan.
"Melalui kajian tersebut, didapati berbekam mampu menurunkan risiko sakit jantung dan strok dengan menurunkan antigen Von Willebrand dan meningkatkan fungsi endotelial," kata beliau.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Syarahan Umum Pelantikan Profesor mengenai Bekam dan Amalan Sunnah Mencegah Penyakit Kronik di Dewan Utama, USM di sini hari ini.
Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi.
Ab. Aziz berkata, kajian yang ditaja oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu menunjukkan kelebihan berbekam hanya dapat dirasakan jika melalui rawatan setiap empat bulan atau 120 hari.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, dia kini giat berbincang dengan hospital kerajaan dan swasta bagi mewujudkan perkhidmatan perubatan tradisional kepada pesakit secara pilihan.
"Selain manfaat berbekam, perkhidmatan alternatif ini perlu diwujudkan di hospital-hospital sebagai menjamin kebersihan peralatan berbekam yang digunakan.
"Pada masa sama, saya melihat berbekam ini juga dapat mengurangkan pengantungan ubat-ubatan apabila menjalani rawatan tersebut secara konsisten," katanya.
Dalam majlis tersebut, Profesor Dr. Siti Amrah Sulaiman turut menyampaikan syarahan umum mengenai Madu Lebah Penawar Penyakit Sepanjang Zaman.
Menurut beliau, hasil kajian yang dilakukan mendapati madu boleh digunakan untuk merawat penyakit.
"Berdasar kajian terhadap haiwan diabetes, 'madu menolong' menurunkan paras gula dalam darah dan mengembalikan tahap keupayaan anti oksidan dan melambatkan kerosakan organ seperti ginjal.
"Gabungan madu dan ubatan diabetes menunjukkan hasil positif dan dijangka boleh mengurangkan masalah komplikasi penyakit tersebut," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20140130/wt_01/Bekam-kurang-risiko-diabetes#ixzz2sDT1QzrO 
© Utusan Melayu (M) Bhd