03 Februari 2014


Bekam kurang risiko diabetes

KOTA BHARU 29 Jan. - Hasil kajian yang dijalankan seorang penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati rawatan berbekam mampu mengawal penyakit diabetes serta mengurangkan risiko untuk menghidapi penyakit kardiovaskular.
Pensyarah Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kubang Kerian, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail berkata, kajian yang dijalankan sejak dua tahun lalu itu membuktikan paras gula dalam darah boleh menurun apabila rawatan tersebut dijalankan secara konsisten.
Beliau berkata, bukan sahaja paras gula dalam darah tetapi semua parameter fungsi ginjal seperti serum urea, kreatinin dan asid urik yang mendorong kepada penyakit diabetes turut menunjukkan penurunan apabila melakukan bekam.
"Secara tidak langsung, masalah gout juga dapat dikawal kerana kadar asid urik dalam tubuh berkurangan selepas menjalani rawatan.
"Melalui kajian tersebut, didapati berbekam mampu menurunkan risiko sakit jantung dan strok dengan menurunkan antigen Von Willebrand dan meningkatkan fungsi endotelial," kata beliau.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Syarahan Umum Pelantikan Profesor mengenai Bekam dan Amalan Sunnah Mencegah Penyakit Kronik di Dewan Utama, USM di sini hari ini.
Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi.
Ab. Aziz berkata, kajian yang ditaja oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu menunjukkan kelebihan berbekam hanya dapat dirasakan jika melalui rawatan setiap empat bulan atau 120 hari.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, dia kini giat berbincang dengan hospital kerajaan dan swasta bagi mewujudkan perkhidmatan perubatan tradisional kepada pesakit secara pilihan.
"Selain manfaat berbekam, perkhidmatan alternatif ini perlu diwujudkan di hospital-hospital sebagai menjamin kebersihan peralatan berbekam yang digunakan.
"Pada masa sama, saya melihat berbekam ini juga dapat mengurangkan pengantungan ubat-ubatan apabila menjalani rawatan tersebut secara konsisten," katanya.
Dalam majlis tersebut, Profesor Dr. Siti Amrah Sulaiman turut menyampaikan syarahan umum mengenai Madu Lebah Penawar Penyakit Sepanjang Zaman.
Menurut beliau, hasil kajian yang dilakukan mendapati madu boleh digunakan untuk merawat penyakit.
"Berdasar kajian terhadap haiwan diabetes, 'madu menolong' menurunkan paras gula dalam darah dan mengembalikan tahap keupayaan anti oksidan dan melambatkan kerosakan organ seperti ginjal.
"Gabungan madu dan ubatan diabetes menunjukkan hasil positif dan dijangka boleh mengurangkan masalah komplikasi penyakit tersebut," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20140130/wt_01/Bekam-kurang-risiko-diabetes#ixzz2sDT1QzrO 
© Utusan Melayu (M) Bhd

02 Julai 2013

Terapi peluk

Pelukan atau dakapan antara terapi terbaik untuk meningkatkan kasih sayang dan menyemarakkan kebahagiaan dalam perhubungan tidak kira antara suami dengan isteri, ibu bapa, anak atau dengan nenek serta datuk. 

Selalunya ketika anak masih kecil, mereka sering diulit dan dipeluk bagi melahirkan sifat kasih sayang, tetapi apabila meningkat dewasa, anak sendiri malu untuk memeluk ibu bapa. 



Begitu juga dengan suami isteri, saling berpelukan ketika saat bahagia, tetapi apabila bila hubungan dingin atau sudah semakin berusia, pelukan manja memang tiada langsung. 

Pengarah Eksekutif organisasi tidak bermotifkan keuntungan di Malaysia, Focus on the Family, Lee Wee Min, berkata sama ada pelukan manja menyambut kepulangan suami dari pejabat atau memeluk anak yang pulang, mungkin itu amalan biasa, tetapi bukan semua orang melakukannya. 

Katanya, keluarga adalah unit asas yang paling baik dalam memperkukuhkan unit keluarga akan menjadikan masyarakat lebih kuat, kukuh dan makmur. Pelukan antara elemen penting bagi mencapai matlamat itu. 

“Ia mampu membina ikatan kekeluargaan dan membangkitkan rasa sayang kepada orang tersayang, sekali gus membawa kepada keharmonian dalam masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, barubaru ini. 

Kajian pakar penyelidik dan psikologi antarabangsa juga mendapati, pelukan adalah terapi paling berkuasa dan terbaik untuk sesuatu penyembuhan. 
Dakapan diiringi senyuman dan gelak tawa sangat berkesan untuk memulihkan kesakitan, penyakit, kesunyian, kemurungan, kebimbangan dan tekanan perasaan. 



http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Terapipeluk/Article

15 Mei 2013

Khasiat Rumpai Laut

-Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
-Memejalkan payudara, otot dan punggung
-Menyihatkan rambut dan kuku
-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
-Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
-Mengurangi selulit
-Memberi tenaga
-Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
-Merawat penyakit gout
-Mencegah kanser/tumor
-Menurunkan tekanan darah tinggi
-Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
-Anti bakteria/kulat
-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
-Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
-Menberikan rasa kekenyangan (diet)
-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)