DAFTAR SAFETY BTC MINING
Memaparkan catatan dengan label KESIHATAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KESIHATAN. Papar semua catatan
03 Februari 2014
BEKAM
Bekam kurang risiko diabetes
KOTA BHARU 29 Jan. - Hasil kajian yang dijalankan seorang penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati rawatan berbekam mampu mengawal penyakit diabetes serta mengurangkan risiko untuk menghidapi penyakit kardiovaskular.
Pensyarah Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kubang Kerian, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail berkata, kajian yang dijalankan sejak dua tahun lalu itu membuktikan paras gula dalam darah boleh menurun apabila rawatan tersebut dijalankan secara konsisten.
Beliau berkata, bukan sahaja paras gula dalam darah tetapi semua parameter fungsi ginjal seperti serum urea, kreatinin dan asid urik yang mendorong kepada penyakit diabetes turut menunjukkan penurunan apabila melakukan bekam.
"Secara tidak langsung, masalah gout juga dapat dikawal kerana kadar asid urik dalam tubuh berkurangan selepas menjalani rawatan.
"Melalui kajian tersebut, didapati berbekam mampu menurunkan risiko sakit jantung dan strok dengan menurunkan antigen Von Willebrand dan meningkatkan fungsi endotelial," kata beliau.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Syarahan Umum Pelantikan Profesor mengenai Bekam dan Amalan Sunnah Mencegah Penyakit Kronik di Dewan Utama, USM di sini hari ini.
Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi.
Ab. Aziz berkata, kajian yang ditaja oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu menunjukkan kelebihan berbekam hanya dapat dirasakan jika melalui rawatan setiap empat bulan atau 120 hari.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, dia kini giat berbincang dengan hospital kerajaan dan swasta bagi mewujudkan perkhidmatan perubatan tradisional kepada pesakit secara pilihan.
"Selain manfaat berbekam, perkhidmatan alternatif ini perlu diwujudkan di hospital-hospital sebagai menjamin kebersihan peralatan berbekam yang digunakan.
"Pada masa sama, saya melihat berbekam ini juga dapat mengurangkan pengantungan ubat-ubatan apabila menjalani rawatan tersebut secara konsisten," katanya.
Dalam majlis tersebut, Profesor Dr. Siti Amrah Sulaiman turut menyampaikan syarahan umum mengenai Madu Lebah Penawar Penyakit Sepanjang Zaman.
Menurut beliau, hasil kajian yang dilakukan mendapati madu boleh digunakan untuk merawat penyakit.
"Berdasar kajian terhadap haiwan diabetes, 'madu menolong' menurunkan paras gula dalam darah dan mengembalikan tahap keupayaan anti oksidan dan melambatkan kerosakan organ seperti ginjal.
"Gabungan madu dan ubatan diabetes menunjukkan hasil positif dan dijangka boleh mengurangkan masalah komplikasi penyakit tersebut," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20140130/wt_01/Bekam-kurang-risiko-diabetes#ixzz2sDT1QzrO
© Utusan Melayu (M) Bhd
02 Julai 2013
Terapi peluk
Pelukan atau dakapan antara terapi terbaik untuk meningkatkan kasih sayang dan menyemarakkan kebahagiaan dalam perhubungan tidak kira antara suami dengan isteri, ibu bapa, anak atau dengan nenek serta datuk.
Selalunya ketika anak masih kecil, mereka sering diulit dan dipeluk bagi melahirkan sifat kasih sayang, tetapi apabila meningkat dewasa, anak sendiri malu untuk memeluk ibu bapa.
Begitu juga dengan suami isteri, saling berpelukan ketika saat bahagia, tetapi apabila bila hubungan dingin atau sudah semakin berusia, pelukan manja memang tiada langsung.
Pengarah Eksekutif organisasi tidak bermotifkan keuntungan di Malaysia, Focus on the Family, Lee Wee Min, berkata sama ada pelukan manja menyambut kepulangan suami dari pejabat atau memeluk anak yang pulang, mungkin itu amalan biasa, tetapi bukan semua orang melakukannya.
Katanya, keluarga adalah unit asas yang paling baik dalam memperkukuhkan unit keluarga akan menjadikan masyarakat lebih kuat, kukuh dan makmur. Pelukan antara elemen penting bagi mencapai matlamat itu.
“Ia mampu membina ikatan kekeluargaan dan membangkitkan rasa sayang kepada orang tersayang, sekali gus membawa kepada keharmonian dalam masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, barubaru ini.
Kajian pakar penyelidik dan psikologi antarabangsa juga mendapati, pelukan adalah terapi paling berkuasa dan terbaik untuk sesuatu penyembuhan.
Dakapan diiringi senyuman dan gelak tawa sangat berkesan untuk memulihkan kesakitan, penyakit, kesunyian, kemurungan, kebimbangan dan tekanan perasaan.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Terapipeluk/Article

20 April 2013
Tabiat makan ikan boleh panjang umur
Washington: Mereka
yang berusia 65 tahun dan ke atas serta mengamalkan makan ikan mampu
memanjangkan usia sekurang-kurangnya dua tahun.
Ini berbanding mereka yang tidak mengambil asid lemak omega-3 yang biasanya didapati dalam makanan laut, kata satu kajian Amerika Syarikat.
Ini berbanding mereka yang tidak mengambil asid lemak omega-3 yang biasanya didapati dalam makanan laut, kata satu kajian Amerika Syarikat.
Mereka yang
memiliki tahap asid lemak omega-3 lebih tinggi juga secara keseluruhan
mengurangkan sebanyak 27 peratus risiko kematian lebih awal.
07 April 2013
Rakyat Malaysia terlebih ambil garam
Putrajaya: Kadar
pengambilan garam rakyat Malaysia ialah 8.7 gram sehari, iaitu 1.7 kali ganda
lebih tinggi berbanding lima gram sehari yang disarankan Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kajian rintis
Kementerian Kesihatan antara Disember 2011 hingga Februari 2012 itu juga
menunjukkan lelaki mengambil lebih banyak garam.
06 April 2013
Minuman manis punca 180,000 mati setahun
New York:
Sekumpulan penyelidik Harvard dilaporkan mengaitkan minuman manis dengan
180,000 kematian setahun di seluruh dunia dengan 25,000 daripadanya adalah di
Amerika Syarikat sendiri.
“Kita ketahui bahawa minuman manis bergula dikaitkan dengan obesiti dan
sejumlah besar kematian disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan
obesiti.
“Bagaimanapun,
sehingga kini tiada yang benar-benar mengaitkan perkara ini bersama,” kata
ketua penyelidik, Gitanjali Singh dari Jabatan Kesihatan Umum Harvard di Boston
kepada ABC-TV News.
05 April 2013
Merokok lepas bangun tidur tingkat risiko barah paru-paru
WASHINGTON:
Perbuatan merokok sebaik bangun tidur pada waktu pagi meningkatkan risiko
diserang barah paru-paru, menurut kajian baru.
“Kami mendapati perokok yang merokok sebaik bangun tidur mempunyai paras bahan kimia tembakau dikenali NNK adalah lebih tinggi di dalam darah perokok jika mereka merokok sebaik bangun tidur,” kata profesor kesihatan biotabiat, Steven Branstetter, dari Universiti Pennsylvania State.
Beliau kimia NNK
akan menghasilkan sejenis lagi bahan kimia dikenali NNAL apabila seseorang
merokok. Paras NNAL dalam darah boleh digunakan untuk meramalkan risiko barah
paru-paru pada tikus selain manusia.
04 April 2013
Makanan segera rosakkan hati
LOS ANGELES 17 Feb. - Satu kajian mendapati perbuatan memakan
makanan segera yang kerap bukan sahaja menggemukkan tetapi juga boleh
merosakkan hati seperti menghidap hepatitis.
Penulis buku Better in 7, Dr. Drew Ordon berkata,
kajian mendapati kekerapan memakan makanan segera dalam tempoh sebulan boleh
memberikan kesan perubahan mendadak kepada hati.
03 April 2013
Makanan ringan risiko kanser prostat
LONDON 20 Feb. - Lelaki yang menikmati makanan ringan bergoreng
lebih sekali seminggu bakal meningkatkan risiko diserang kanser prostat
sebanyak 30 peratus, menurut satu kajian.
Kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Kanser
Fred Hutchinson, Seattle mendapati makanan ringan seperti kentang goreng, ayam
goreng, ikan goreng yang bersadur tepung dan donat memainkan peranan penting
dalam membentuk penyakit berbahaya itu.
02 April 2013
Makanan ringan tingkat kemurungan
Sajian sihat lebih berkesan atasi sedih
NEW YORK:Amalan memakan makanan ringan ketika seseorang di dalam keadaan sedih tidak akan membantu membaiki perasaan seseorang sebaliknya semakin meningkatkan kemurungan mereka, lapor satu kajian baru.
Hasil kajian
dibentangkan oleh pasukan penyelidik Universiti Penn State di persidangan
Persatuan Psikosomatik Amerika di Miami.
Kami berminat mengkaji wanita dalam kehidupan seharian untuk
melihat sama ada mood berubah sebelum atau selepas mereka menikmati makanan
tidak sihat," Kristin Heron, Penyelidik Universiti Penn State
Pasukan berkenaan meminta 131 wanita muda membawa komputer riba, yang akan mengingatkan mereka sepanjang hari untuk memberi reaksi kepada persoalan apa yang mereka rasakan dan apa yang dimakan.
14 November 2010
Sumber makanan suci kukuhkan ketakwaan Muslim
Oleh Ahmad Sabki Mohd Tahir
2010/11/02
Mukmin cari rezeki halal bagi penuhi keperluan keluarga dianggap seperti mujahid, syuhada
ISLAM tidak menyekat umatnya mencari seberapa banyak rezeki di atas muka bumi ini. Cuma Allah memberi peringatan hamba-Nya supaya tidak gelojoh mencari rezeki hingga melanggar batas peraturan ditetapkan agama.
Kita dituntut mencari rezeki halal daripada sumber baik dan bersih, bukan harta hasil menipu orang, mencuri, meragut atau rasuah. Islam sama sekali tidak membenarkan mengambil harta orang lain untuk dijadikan harta sendiri.

Jakarta wajib ibu susu bayi hingga 6 bulan

2010/11/04
JAKARTA: Indonesia meluluskan undang-undang baru yang mewajibkan semua ibu menyusui bayi mereka sepenuhnya bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan pertama selepas bayi dilahirkan.
Undang-undang yang akan berkuat kuasa awal tahun depan itu menetapkan mana-mana ibu yang enggan berbuat demikian akan didenda hingga 100 juta rupiah (RM35,200) dan setahun penjara.
21 April 2010
Doa mustajab bagi orang beriman
DARIPADA Abdullah ibn Abbas, Rasulullah SAW pernah berdoa: "Ya Allah aku berserah kepada engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku berjuang kerana engkau.
Ya Allah, aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan. Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

23 Mac 2010
Terlupa beli makanan punca cerai?
KUALA LUMPUR 27 Feb. – Suami terlupa membeli makanan yang dipesan oleh isteri adalah antara lebih 200 alasan remeh yang menjadi punca penceraian pasangan Islam di negara ini.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid (Kesuma), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zawiah Hassan berkata, alasan remeh lain ialah isteri lambat menyediakan makanan, pasangan bangun tidur lewat, balik lambat dan kurang berkomunikasi.
‘‘Penceraian seumpama ini penyumbang terbesar peningkatan kes-kes penceraian di negara ini,’’ katanya ketika ditemui, di sini.
Beliau berkata, statistik penceraian seluruh negara pada 2008 meningkat kepada 22,289 berbanding 21,051 kes pada tahun 2007.

Timur: Remaja ketagih seks
Oleh Suraya Roslan
bhkt@bharian.com.my
2010/03/15
MILA (kiri) dan Sara kini ketagih seks selepas dirogol kekasih ketika masih di alam persekolahan.
Tragedi dinoda kekasih, orang tak dikenali punca terjebak kancah hitam
KUALA BERANG: "Saya dipaksa melakukan hubungan seks dengannya (kekasih) ketika berusia 13 tahun di dalam semak berhampiran rumah tanpa kerelaan,” demikian pengakuan seorang remaja berusia 17 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mila, ketika menceritakan titik hitam terjebak dalam kancah seks bebas dengan beberapa lelaki.
Noda hitam dalam hidupnya itu akhirnya menyebabkan pelajar di sebuah sekolah di sini ketagihan seks dan sanggup memperdagangkan tubuh untuk keseronokan dan memuaskan nafsu liar, walaupun hakikatnya dia masih di bawah umur. Mila berkata, dia mula melakukan hubungan seks dengan kekasihnya yang berusia 20 tahun ketika dia berada di Tingkatan Satu dan masih meneruskan hubungan terlarang itu bersama beberapa lelaki sehingga kini, walaupun baru mengenalinya.

Perlunya makan secara berhemah
BILA mengajak anak-anak makan di luar, seringkali anda mungkin terpaksa mengalah kepada pilihan mereka iaitu tidak lain dan tidak bukan, makanan segera.
Siapa yang perlu dipersalah dalam hal ini sedangkan mereka disajikan dengan makanan ini sejak mula pandai memanggil "ibu" atau "ayah" malahan mungkin sebelum mereka mula berjalan lagi!
Di samping kos makan yang kadang kala tinggi, sering kali ibu bapa terpaksa menelan perasaan bersalah kerana tidak berlaku tegas dan menggalakkan anak-anak makan makanan yang sihat.
"Anak-anak saya lebih gemar makanan segera. Bagilah mereka burger, ayam goreng, kentang goreng, macam pijak semut tak mati, aman satu hari," keluh Yani, ibu kepada tiga orang anak.
Sebagai ibu yang bekerja, Yani mengakui bahawa dia sering membeli makanan segera sebagai jalan mudah kerana kesuntukan masa untuk memasak.

Perasaan marah salah satu punca penderaan
PERASAAN marah adalah salah satu punca yang mendorongkan seseorang itu melakukan penderaan kepada kanak-kanak dan hinggakan menyebabkan kematian. Marah yang tidak dapat dibendung menyebabkan tindakan-tindakan ganas yang di luar batas-batas kemanusiaan dilakukan.
Bagaimana seseorang didorongkan melakukan tindakan penderaan adalah subjektif.
Ada yang mendapat inspirasi setelah menonton filem-filem ganas. Menonton filem-filem ganas ini meresap masuk secara senyap ke dalam diri yang menghakiskan sikap luhur dalam diri.

Kahwin lewat punca anak sindrom down
ALOR SETAR: Budaya berkahwin lewat yang menjadi amalan wanita khususnya yang berkerjaya pada zaman ini menjadi antara punca peningkatan statistik jumlah kelahiran anak sindrom down di negara ini.
Penaung Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), Datuk Mukhriz Mahathir, berkata tranformasi terhadap tahap pendidikan wanita Malaysia termasuk masyarakat Melayu yang bertambah baik ketika ini mendorong trend berkahwin lewat di kalangan golongan berkenaan.
Beliau berkata, tanpa disedari budaya itu mempunyai kesan sampingan terhadap tahap kesuburan termasuk kebarangkalian melahirkan anak sindrom down. "Ketika ini kadar wanita berumahtangga pada usia menjangkau lebih 30 tahun agak ketara mungkin disebabkan perubahan terhadap tahap pendidikan wanita di negara ini yang semakin baik. Buktinya ketika ini ramai penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) adalah golongan berkenaan.

20 Mac 2010
Jus guna sijil halal Jakim palsu dikesan
PETALING JAYA 9 Mac - Pembungkusan produk minuman ini memang menarik, ditambah pula ia mempunyai pengesahan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Justeru, tidak hairanlah jika minuman jus buah-buahan keluaran syarikat tempatan ini mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.
Namun, selama ini pembeli ruparupanya ditipu apabila hasil pemeriksaan Jakim ke atas produk terbabit mendapati 'sijil halal' itu sebenarnya dokumen palsu yang sudah diubah suai menyerupai sijil asli.
Sepasukan pegawai penguat kuasa dari Jakim dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya bertindak memeriksa syarikat terbabit selepas menerima aduan daripada orang ramai yang curiga dengan logo halal dipamerkan pada botol minuman tersebut.

Jadikan anak sebagai amanah
Oleh Nurul Izzah Sidek
SEBAGAI manusia yang normal akal fikiran dan perasaan, membaca dan melihat laporan akhbar mengenai anak yang anak kecil didera dan diperlakukan secara kejam sememangnya membangkitkan kemarahan yang meluap-luap kepada si pendera.
Soalan yang pasti timbul di dalam sanubari kita ialah mengapakah ada manusia sanggup memperlakukan anak sekejam itu? Tidak kasihankah dengan anak kecil yang tidak berdosa itu? Dan bermacam-macam lagi persoalan yang bermain dalam hati sehinggakan ada antara kita menganggap si pendera seumpama berhati haiwan.

Gemuk, busuk punca cerai
KUALA LUMPUR 8 Mac - Tubuh badan yang gemuk dan berbau busuk serta tidak menjaga keterampilan diri semasa hendak melakukan hubungan seks merupakan antara faktor yang menyebabkan berlaku penceraian di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah.
Beliau memberitahu, kajian rambang yang dilakukan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) terhadap suami atau isteri yang bercerai mendapati faktor tersebut merupakan perkara utama mengapa mereka bercerai selain daripada masalah kewangan dan sikap pasangan masing-masing.

Langgan:
Catatan (Atom)