02 Julai 2013

Terapi peluk

Pelukan atau dakapan antara terapi terbaik untuk meningkatkan kasih sayang dan menyemarakkan kebahagiaan dalam perhubungan tidak kira antara suami dengan isteri, ibu bapa, anak atau dengan nenek serta datuk. 

Selalunya ketika anak masih kecil, mereka sering diulit dan dipeluk bagi melahirkan sifat kasih sayang, tetapi apabila meningkat dewasa, anak sendiri malu untuk memeluk ibu bapa. 



Begitu juga dengan suami isteri, saling berpelukan ketika saat bahagia, tetapi apabila bila hubungan dingin atau sudah semakin berusia, pelukan manja memang tiada langsung. 

Pengarah Eksekutif organisasi tidak bermotifkan keuntungan di Malaysia, Focus on the Family, Lee Wee Min, berkata sama ada pelukan manja menyambut kepulangan suami dari pejabat atau memeluk anak yang pulang, mungkin itu amalan biasa, tetapi bukan semua orang melakukannya. 

Katanya, keluarga adalah unit asas yang paling baik dalam memperkukuhkan unit keluarga akan menjadikan masyarakat lebih kuat, kukuh dan makmur. Pelukan antara elemen penting bagi mencapai matlamat itu. 

“Ia mampu membina ikatan kekeluargaan dan membangkitkan rasa sayang kepada orang tersayang, sekali gus membawa kepada keharmonian dalam masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, barubaru ini. 

Kajian pakar penyelidik dan psikologi antarabangsa juga mendapati, pelukan adalah terapi paling berkuasa dan terbaik untuk sesuatu penyembuhan. 
Dakapan diiringi senyuman dan gelak tawa sangat berkesan untuk memulihkan kesakitan, penyakit, kesunyian, kemurungan, kebimbangan dan tekanan perasaan. 



http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Terapipeluk/Article

Tiada ulasan:

Catat Ulasan