DAFTAR SAFETY BTC MINING

Memaparkan catatan dengan label KERJA SOSIAL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KERJA SOSIAL. Papar semua catatan

19 Februari 2012

Bacakanlah buku pada anak

Oleh Profesor Dr. Norimah A. Karim & Woo Pei Jun.

Perkembangan intelektual kanak-kanak merujuk kepada proses keupayaan pembelajaran yang diperolehinya semasa dia membesar. Sesetengah ibu bapa mungkin tertanya mengapa anak-anak rakan mereka lebih bijak daripada anak mereka walaupun menghadiri tadika yang sama.
Atau pun mengapa kanak-kanak lain yang berumur setahun telah mula bercakap sedangkan anak mereka tidak. Anda harus ingat bahawa setiap kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza. Namun, jika anda mengesan perkembangan anak anda adalah lebih perlahan, terdapat beberapa ujian yang diguna oleh pakar psikologi untuk menilai perkembangan intelektual (IQ) anak anda.

Ujian-ujian yang lazim digunakan:
- Stanford-Binet
- Ujian kecerdasan minda Peabody Picture
- Ujian kosa kata Bayley Scales of

Kecerdasan diwarisi?

26 November 2010

Perkhidmatan Bas Perlu Dipertingkatkan


Perkhidmatan bas adalah sistem pengangkutan utama dalam negara kita. Kalau kita bertanya kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia pada pendapat saya 50 % pernah menggunakan perkhidmatan bas untuk ke tempat kerja, perjalanan jauh untuk urusan kerja atau perniagaan, pergi balik sekolah dan sebagainya.

Saya hanya sekali sekala sahaja mengunakan perkhidmatan bas, setelah hampir 3 tahun tidak menggunakan perkhidmatan bas baru-baru ini pada 27/10/2010 saya menaiki bas express ke Alor Setar..perjalanan yang menyeronokkan dan selamat sampai ke destinasinya dengan selamat. Saya menaiki bas yang sama untuk balik. Perkhidmatan yang memuaskan hati dengan bas yang bersih dan kemas.

17 Oktober 2010

81,000 anak luar nikah berdaftar membimbangkan - IIM

IPOH 29 Jun - Angka yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bahawa terdapat 81,000 anak luar nikah berdaftar ketika ini merupakan perkembangan yang membimbangkan.
Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh berkata, antara punca yang menyumbang kepada peningkatan gejala sosial tersebut ialah penyaluran maklumat tanpa batasan dan perubahan budaya masyarakat.
Menurutnya, sebanyak 55 peratus rakyat Malaysia dilaporkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai 'gila Internet' dan mereka mempunyai akses terhadap penyaluran maklumat melalui alam maya yang begitu luas.

21 April 2010

Jenayah buang bayi salah siapa?

Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN

Hanya manusia yang tiada sifat perikemanusiaan saja mampu melakukan perbuatan kejam membuang bayi seperti ini.
________________________________________
APA yang tidak kena dengan masyarakat kita apabila bayi dibuang sesuka hati dan ia kian menjadi-jadi? Kes demi kes membabitkan insan tidak berdosa dan tidak mengerti apa-apa ini seolah-olah memberi gambaran masyarakat kita yang kononnya berbudaya, bertatasusila dan berbudi bahasa sebenar kejam serta tidak berperikemanusiaan.

Bagi masyarakat luar, tanggapan itu pasti terlekat diminda mereka apabila membaca kisah-kisah tragis membabitkan bayi yang baru lahir di negara ini.
Malah perbuatan kejam dan gila itu mudah sangat dilakukan. Bayi boleh dibuang di mana-mana. Dalam tandas sekolah, longkang, tong sampah dan depan masjid dan surau. Apa yang ditinggal mati dengan penuh siksa kerana kelaparan atau digigit haiwan dan serangga. Ada pula yang dibunuh sebelum dibuang. Malah ada yang dibakar.

Ibu bapa perlu jadi pendengar setia

PONTIAN 21 Feb. - Ibu bapa disaran menjadi 'pendengar' yang setia selain kerap meluangkan masa untuk berkomunikasi dengan anak-anak mereka.
Saranan itu adalah antara intipati ceramah yang disampaikan oleh bekas penyanyi kumpulan nasyid terkenal Nowseeheart, Idzhar Jumali pada Program Bicara Ilmu sempena Konvensyen Modal Insan Peringkat Luar Bandar di Kampung Permatang Duku di sini semalam.

Menurut Idzhar, walaupun sibuk dengan tugasan seharian, ibu bapa haruslah bijak untuk mencuri masa bagi berbicara selain mendengar masalah anak-anak mereka.
''Sekiranya ibu bapa mengabaikan tanggungjawab tersebut, anak-anak akan mencari orang lain terutama rakan sebaya yang lebih sanggup untuk mendengar masalah mereka.

23 Mac 2010

17,303 anak luar nikah didaftar 2009

Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my
2010/03/21
KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.

Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

Sisi kejam seorang ibu

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
Isu buang bayi perlu pendekatan holistik

MASYARAKAT seolah-olah hanya mampu menyatakan rasa kesal, mengecam tindakan zalim berkenaan, menuding jari menyalahkan remaja yang dikatakan semakin sumbang perlakuan mereka. Adakah kerana bayi malang itu dianggap hasil perzinaan, dikandung tanpa dirancang dan tidak dikehendaki oleh ibu mereka, tanpa bapa yang sanggup melindungi lalu kemudian dibiarkan atau dibuang untuk menutup aib dan malu, maka kematian mereka tidak harus dibela?

Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, mengutuk keras perbuatan berkenaan, menegaskan bahawa setiap bayi berhak disambut kelahirannya oleh pasukan perubatan yang terlatih di premis kesihatan yang serba lengkap untuk mengendalikan sebarang kecemasan.

15 Februari 2010

Jangan buang bayi luar nikah

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Wanita yang terjebak dengan masalah mengandung anak luar nikah diminta segera mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tanpa sebarang tindakan akan dikenakan ke atas mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang memberi jaminan itu berkata, pihaknya akan menjaga dan membimbing mereka dengan baik.

Sehubungan itu, katanya, semua pegawai JKM telah diarahkan bersedia 24 jam untuk memberikan bantuan kepada mereka yang bermasalah dari mengambil tindakan membuang bayi sebagai jalan penyelesaian.

16 Januari 2010

Silap Siapa??


Hari ini jika kita melalui jalan raya di sekeliling jalan raya, banyak pokok-pokok bunga atau pokok hiasan ditanam di sepanjang jalan ianya amat menarik dan cantik sekali. Dan di sepanjang jalan juga terutama di sebelah Pantai Timur, kita akan melihat banyak haiwan peliharaan dilepaskan dan dibiarkan berkeliaran di sepanjang jalan raya.

26 Oktober 2009

Hadiah Ramadan Nik Madihah

Kegembiraan jelas kelihatan pada wajah Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal dan ibunya sebaik menerima kunci rumah baru mereka di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 17 Ogos - ''Ini hadiah bulan Ramadan. Hadiah terbaik pernah saya terima. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu keluarga saya.''
Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal berulang kali mengucap syukur selepas menerima kunci rumah di Taman Kurnia Jaya Pengkalan Chepa di sini hari ini, yang dihadiahkan kepadanya oleh kerajaan negeri.

01 Julai 2009

3 negeri tertinggi keganasan rumah tangga

TIGA negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, masing-masing berada pada kedudukan tiga teratas dalam senarai negeri bagi kes keganasan rumah tangga dalam tempoh 15 bulan sejak Januari tahun lalu.

Selangor mencatatkan 102 daripada 526 kes yang direkodkan di seluruh negara atau 19.39 peratus tahun lalu. Bagaimanapun, kadar peratusan itu meningkat kepada 34.29 peratus bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini apabila mencatatkan 60 daripada 175 kes yang diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengikut peruntukan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

25 Jun 2009

Tekanan punca bunuh diri

Membunuh diri perlu dilihat sebagai masalah kesihatan.

Ahli keluarga dan rakan terdekat dapat membantu kerana, seseorang itu tidak membunuh diri secara tiba-tiba

KEJADIAN bunuh diri boleh disifatkan jenayah yang mungkin kurang popular berbanding samun dan rompak yang didedahkan hampir setiap hari, tetapi realitinya ia sememangnya membimbangkan kerana bilangan kes bunuh diri yang kian meningkat.

Buktinya di Malaysia sendiri, kejadian bunuh diri tidak lagi hanya membabitkan golongan dewasa yang dikaitkan dengan kematangan, tetapi juga anak kecil yang baru berusia 12 tahun!

07 Jun 2009

Derita isteri didera

Soalan

Saya telah berkahwin selama 10 tahun. Kami mempunyai tiga anak. Pada mulanya kehidupan kami bahagia, tetapi selepas kelahiran anak kedua, suami mula berubah sikap. Dia menjadi semakin kasar terhadap saya.
Asyik memukul dan menerajang saya. Tidak boleh salah sikit, saya ditamparnya. Walaupun dia tidak memukul anak-anak tetapi dia sering kali memukul saya di hadapan mereka menyebabkan anak-anak juga takut kepadanya. Saya pernah cuba melawan kata-katanya dan memberitahu suami saya mahu memohon penceraian tetapi suami mengugut akan membunuh saya jika saya berani membuat laporan polis atau ke mahkamah menuntut cerai. Keluarga sendiri tidak memberikan sokongan. Bantulah saya.
Jameelah Yassin, Kuala Lumpur.

04 Jun 2009

Ilmu kekeluargaan wajar diajar di sekolah

Pendidikan dapat elak remaja terbiar, tertekan akibat rumah tangga bergolak

PENDIDIKAN mengenai rumah tangga dan kekeluargaan tidak boleh dianggap asing dalam sistem pendidikan negara dan ia wajar dijadikan sukatan pelajaran di sekolah menengah sama ada diserapkan dalam beberapa mata pelajaran sedia ada seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sains, Biologi, Kesihatan dan Bahasa Melayu atau sebagai mata pelajaran baru.

Bertunjangkan perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan keluarga, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual dan masyarakat serta budaya, pendidikan seksualiti dan ilmu kekeluargaan boleh menghindari 'jahil ilmu' sehingga menyebabkan ramai gadis remaja terjebak zina walaupun mendakwa dirogol.

26 Mei 2009

Jutawan Dermawan

“ADAKAH anda gila?” Itu yang dikatakan oleh akauntan kepada jutawan bernama Brian Burnie apabila majikannya menyatakan hasrat untuk menderma hotel mewahnya bernilai sekitar RM112 juta.

Perasaan saya bercampur-campur setiap kali membaca berita sebegini. Minda pula berkecamuk memikirkan rasional dan dorongan yang memberi mereka kemampuan untuk menderma sebegitu banyak.

Pelancaran E-Book Untuk Pelajar

Hari ini adalah Pelancaran e-Book oleh Kerajaan Terengganu kepada 25 ribu pelajar Tahun Lima daripada 100 buah sekolah rendah seluruh negeri Terengganu yang akan menikmati kemudahan pelajaran melalui e-book bagi mengantikan buku teks.

Terengganu menjadi negeri pertama yang memperkenalkan program e-book, kerajaan negeri membelanjakan RM 30 juta setahun dalam usaha melonjakkan kecemerlangan pendidikan.



25 Mei 2009

100,000 warga emas terpinggir


KUALA LUMPUR – Dalam kesibukan mengejar urusan hidup seharian, ramai yang tidak sedar bahawa hampir 100,000 warga emas di negara ini iaitu mereka yang berumur lebih 60 tahun terpinggir dan tidak dipedulikan.

Mereka ini bukan sahaja berhadapan dengan pelbagai risiko serangan penyakit tetapi juga turut terdedah kepada kegiatan jenayah terutama samun dan bunuh.

Banci Penduduk dan Perumahan yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mendedahkan lebih 95,000 warga emas di negara ini hidup bersendirian.

Daripada jumlah itu, 69 peratus adalah wanita yang kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar.








Jangan dilupakan pada yang tua, kerana kita juga akan menjadi tua jua pada satu masa nanti...

20 Mei 2009

Terkejut bungkusan diserah ada bayi

KOTA BHARU: Seorang pekerja kilang terkejut apabila seorang gadis turun dari kereta di hadapan rumahnya di Kampung Dusun Durian, di sini, dan menghulurkan bungkusan kain batik mengandungi bayi perempuan yang baru dilahirkan, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, sebaik pekerja kilang berusia 24 tahun itu menyambut bungkusan berkenaan, gadis terbabit meluru semula ke kereta Proton Wira berwarna biru gelap yang dipandu seorang lelaki sebelum memecut laju.

18 Mei 2009

Mayat bayi ditemui dalam tong sampah

KUALA LUMPUR 17 Mei - Apa sudah jadi dengan segelintir masyarakat di negara ini? Adakah rasa perikemanusiaan sudah hilang hingga sanggup membunuh bayi yang tidak mengerti apa-apa?

Itulah nasib menimpa bayi lelaki yang masih bertali pusat tidak sempat menikmati kehidupan apabila dibuang dengan kejam dalam tong sampah di belakang sebuah kedai makan di Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini malam tadi.

14 Mei 2009

Pegawai kumpulan sokongan gred pangkat naik pangkat: PM


PUTRAJAYA: Pegawai kumpulan sokongan yang berkhidmat 15 tahun atau lebih serta masih berada dalam gred lantikan akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi berkuat kuasa 1 Julai ini.

Berucap pada perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di sini hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut mengumumkan bahawa beberapa skim perkhidmatan akan dinaik taraf juga mulai 1 Julai.

Katanya langkah itu adalah sebagai menghargai sumbangan 176,066 pegawai kumpulan sokongan bagi perkhidmatan persekutuan.

Kerajaan juga, katanya, bersetuju untuk menggubal dua skim perkhidmatan yang baru iaitu pegawai penyediaan makanan dan pembantu laut dan menaik taraf lapan skim perkhidmatan termasuk skim perkhidmatan operator mesin prosesan data (OMTD), pembantu tadbir rendah (PTR) dan jaga.

Langkah itu akan membabitkan 20,637 penjawat awam dan turut berkuatkuasa 1 Julai. Keputusan kerajaan ini akan melibatkan kos tambahan sebanyak RM170.4 juta, kata Najib. - Bernama

sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20090514121026/Article/index_html