TIGA negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, masing-masing berada pada kedudukan tiga teratas dalam senarai negeri bagi kes keganasan rumah tangga dalam tempoh 15 bulan sejak Januari tahun lalu.
Selangor mencatatkan 102 daripada 526 kes yang direkodkan di seluruh negara atau 19.39 peratus tahun lalu. Bagaimanapun, kadar peratusan itu meningkat kepada 34.29 peratus bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini apabila mencatatkan 60 daripada 175 kes yang diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengikut peruntukan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata Pulau Pinang merekodkan jumlah kes keganasan rumah tangga kedua tertinggi apabila mencatatkan 86 kes bagi tempoh yang sama iaitu masing-masing 64 kes tahun lalu dan 22 kes sehingga Mac lalu, manakala Kelantan mencatatkan 75 kes iaitu 56 kes tahun lalu dan 19 kes sehingga Mac lalu.
:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20090701001534/Article/

Beginilah agaknya situasi bila berlakunya keganasan rumah tangga. Dimanakah silapnya perkahwinan yang diharapkankan mencapai kebahagiaan namun penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa sama ada suami?? Isteri ?? Ahli Keluarga ??? Insan-insan lain yang terdaya...

mampir neh... jangn lpa mampir ke blog aq jga y???
BalasPadam