Perkhidmatan bas adalah sistem pengangkutan utama dalam negara kita. Kalau kita bertanya kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia pada pendapat saya 50 % pernah menggunakan perkhidmatan bas untuk ke tempat kerja, perjalanan jauh untuk urusan kerja atau perniagaan, pergi balik sekolah dan sebagainya.
Pada 29/10/2010 saya selamat sampai ke Kuantan pada jam 5.45 pagi, bersama kawan-kawan dan terus ke station bas bandar yang jaraknya lebih kurang 200 meter dari station bas express untuk perjalanan seterusnya. Pada masa menunggu saya sempat melihat waktu perjalanan perkhidmatan bas ke Kemaman pada papan tanda, paling awal 6.30 am, seterusnya 6.45 am dan jam 7.00 am.
Saya hanya sekali sekala sahaja mengunakan perkhidmatan bas, setelah hampir 3 tahun tidak menggunakan perkhidmatan bas baru-baru ini pada 27/10/2010 saya menaiki bas express ke Alor Setar..perjalanan yang menyeronokkan dan selamat sampai ke destinasinya dengan selamat. Saya menaiki bas yang sama untuk balik. Perkhidmatan yang memuaskan hati dengan bas yang bersih dan kemas.
Pada 29/10/2010 saya selamat sampai ke Kuantan pada jam 5.45 pagi, bersama kawan-kawan dan terus ke station bas bandar yang jaraknya lebih kurang 200 meter dari station bas express untuk perjalanan seterusnya. Pada masa menunggu saya sempat melihat waktu perjalanan perkhidmatan bas ke Kemaman pada papan tanda, paling awal 6.30 am, seterusnya 6.45 am dan jam 7.00 am.
Alangkah seronoknya kerana dapat meneruskan perjalanan lebih awal tanpa perlu menunggu lebih lama..tapi apa pulak silapnya bas yang ditunggu tidak muncul-muncul hinggalah jam 7.00 am. Terus naik bas,,ruang bas dipenuhi penumpang dalam perjalanan seterusnya ke Kemaman.
Apa yang menyedihkan bas amat daif dengan kusyennya sebahagian ada yang koyak dan kotor, pada pendapat saya bas seperti itu tidak lagi sesuai digunakan untuk perjalanan jarak jauh dan hanya sesuai untuk digunakan mengangkut pekerja ladang di felda di pendalaman bukannya di bandar kerana perjalanan ke Kemaman biasanya dinaiki oleh pelancong asing untuk ke Cherating sudah pasti kurang menyenangkan.
Perjalanan perlu diteruskan,,setelah berlepas hampir 15 minit,,,saya melihat pemandu merokok dalam bas, selepas itu konduktur mengikut jejak pemandu merokok sama di hadapan bersama pemandu. Aduh..penumpang dilarang merokok...tapi pemandu pulak yang merokok. Apakan daya sedut sajalah asap rokok...krn perjalanan perlu diteruskan.
Sampai pula di Beserah,,,bas berhenti..ingatkan ada penumpang nak turun rupanya konduktor yg turun membeli air dan makanan...terpaksa tunggu lagi di situ. Perjalanan diteruskan asap rokok berkepul-kepul.....

Jika beginilah keadaan bas dan sikap pemandu pasti ianyanya akan merosakan nama baik negara di mata pelancong. Pengusaha syarikat bas perlu ambil perhatian untuk membaiki dan menyediakan bas yang lebih baik,,jangan hanya pentingkan nilai ringgit tanpa menaikkan nilai mutu perkhidmatan,,semoga ianya diberi perhatian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan