Hari ini adalah Pelancaran e-Book oleh Kerajaan Terengganu kepada 25 ribu pelajar Tahun Lima daripada 100 buah sekolah rendah seluruh negeri Terengganu yang akan menikmati kemudahan pelajaran melalui e-book bagi mengantikan buku teks.
Terengganu menjadi negeri pertama yang memperkenalkan program e-book, kerajaan negeri membelanjakan RM 30 juta setahun dalam usaha melonjakkan kecemerlangan pendidikan.
Dengan penggunaan e-book, penggunaan buku teks akan diganti dengan perisian khas atau CD-ROM interaktif yang dibekalkan Kementerian Pelajaran. E-book juga diberi nilai tambahan dengan perisian program Fardu Ain serta latihan dalam talian Skor A bagi memastikan murid menjadi pelajar yang seimbang dari segi pencapaian akademik dan ilmu ukhrawi.
Kemudahan murid perintis ini bakal menerima e-book yang mempunyai fungsi seperti sebuah komputer riba yang ringkas bagi menggalakkan pelajar menggunakan teknologi maklumat sebagai alat pembelajaran dalam darjah. Pemberian e-book yang bernilai RM 1000.00 seunit ini adalah percuma kepada pelajar dari peruntukan kerajaan negeri.
Semoga dengan adanya e-book ini kemampuan dan kecemerlangan pelajar dapat di pertingkatkan dalam mengendalikan komputer dan internet dalam dunia global. Kecemerlangan dan rekod tujuh tahun berturut-turut Terengganu sebagai negeri terbaik dalam peperiksaan UPSR dapat dikekalkan pada tahun akan datang.
Kemajuan dan perkembangan global yang bergerak pantas dan pengetahuan ICT perlu dipertingkatkan kepada pelajar-pelajar sekolah. Lantas dapat mengubah tahap kehidupan dan melahirkan minda pelajar bertaraf dunia.
petikan: http://www.bharian.com.my/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan