25 Mei 2009

Tidak perlu bawa beg sekolah

KUANTAN 24 Mei - Dalam tempoh setahun lagi, pelajar di negeri ini tidak perlu lagi menggalas beg ke sekolah sebaliknya mereka hanya perlu membawa sebatang 'pendrive' atau sekeping cakera padat (CD) bagi proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff berkata, perkara itu bakal menjadi kenyataan menerusi pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sedang giat dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh negeri.

Ketika ini katanya, pelajar sekolah terpaksa menggalas beg sekolah berisi buku-buku latihan dan rujukan dengan anggaran berat kira-kira 40 kilogram dalam tempoh lima hari seminggu.

''Kita berharap perkara ini menjadi realiti pada tahun depan dan kami di Pahang sedang berusaha ke arah itu.

petikan:http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2009&dt=0525&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_02.htm




Belajar semakin mudah, hilang keletihan bawa beg sekolah...????Tapi mampukah sebahagiaan keluarga untuk menyediakan ruang ICT di rumah.???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan