16 Januari 2010

Silap Siapa??


Hari ini jika kita melalui jalan raya di sekeliling jalan raya, banyak pokok-pokok bunga atau pokok hiasan ditanam di sepanjang jalan ianya amat menarik dan cantik sekali. Dan di sepanjang jalan juga terutama di sebelah Pantai Timur, kita akan melihat banyak haiwan peliharaan dilepaskan dan dibiarkan berkeliaran di sepanjang jalan raya.
Kita sering juga melihat papan tanda menyatakan kawasan tersebut ada haiwan ternakan. Ini amat membahayakan pengguna jalan raya kerana haiwan ini biasanya akan melintas secara mengejut. Kita biasa mendengar berlakunya kemalangan jalan raya yang melibatkan haiwan ternakan sehingga membawa kematian kepada pengguna.
Persoalannya dimanakah silapnya sehingga berlaku kematian ini, pengguna atau pemilik haiwan. Adakah pengguna yang silap kerana memandu dengan laju dan tidak berhati-hati atau pemilik haiwan yang membiarkan haiwan ternakan berkeliaran. Adakah ini sebahagian budaya perternak di Pantai Timur, haiwan dibiarkan mencari makan dengan caranya yang tersendiri tanpa mengerti apa-apa makan itu milik siapa. Soalannya silap siapa ini semua ?

Dan bagaimanakah perkara ini boleh diselesaikan agar jalan raya kita bebas dari haiwan ternakan yang berkeliaran dan tiada kematian berpunca dari kemalangan maut akibat terlanggar haiwan.
Menariknya baru-baru ini saya ke Negeri Melaka, saya kagum dengan orang di sana kerana sepanjang jalan raya saya tidak jumpa dengan haiwan ternakan yang berkeliaran, bukan itu sahaja, nak cari tong sampah di tepi jalan nak buang sampah pun suasah nak jumpa.

Ayuh orang Pantai Timur jangan biarkan jalan raya anda dicemari dengan kehadiran haiwan ternakan yang membahayakan pengguna jalan raya.Saya percaya orang Pantai Timur adalah orang yang hebat lagi mulia dan lebih bersopan santun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan