Annie Britton dan Martin Shipley dari Universiti College London berkata, kebosanan sendiri tidak membunuh tetapi ia mungkin tanda kepada risiko tabiat lain seperti minum, merokok, mengambil dadah atau masalah psikologi.
Penyelidik menganalisis soalan yang dilengkapkan antara 1985 dan 1988 membabitkan lebih 7,500 pekerja awam London berusia 35 hingga 55 tahun. Mereka ditanya jika mereka merasa bosan di tempat kerja.
Britton dan Shipley kemudian menjejaki bilangan mereka yang mati sehingga April 2009. Mereka yang melaporkan rasa bosan lebih dua kali didapati mati akibat masalah jantung berbanding mereka yang tidak melaporkan rasa bosan.
Pakar lain berpendapat, kaitan antara kebosanan dan meningkatnya masalah jantung adalah berkemungkinan walaupun tidak secara langsung.Penyelidik menganalisis soalan yang dilengkapkan antara 1985 dan 1988 membabitkan lebih 7,500 pekerja awam London berusia 35 hingga 55 tahun. Mereka ditanya jika mereka merasa bosan di tempat kerja.
Britton dan Shipley kemudian menjejaki bilangan mereka yang mati sehingga April 2009. Mereka yang melaporkan rasa bosan lebih dua kali didapati mati akibat masalah jantung berbanding mereka yang tidak melaporkan rasa bosan.
"Seseorang yang bosan mungkin tidak bermotivasi untuk makan dengan baik, bersenam dan menjalani gaya hidup sihat. Itu mungkin menjadikan mereka lebih berisiko mendapat masalah kardiovaskular," kata Dr Christopher Cannon, profesor madya perubatan di Universiti Harvard. � AP
sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Dunia/20100211233737/Article/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan