LOS ANGELES 17 Feb. - Satu kajian mendapati perbuatan memakan
makanan segera yang kerap bukan sahaja menggemukkan tetapi juga boleh
merosakkan hati seperti menghidap hepatitis.
Penulis buku Better in 7, Dr. Drew Ordon berkata,
kajian mendapati kekerapan memakan makanan segera dalam tempoh sebulan boleh
memberikan kesan perubahan mendadak kepada hati.
''Kita tahu kentang goreng ditambah garam dan digoreng dalam
minyak yang berlemak, tetapi makanan ini juga ditambah gula. Kenapa gula?
Kerana tindakan ini menjadikannya lebih garing,'' katanya dalam rancangan
Amerika Syarikat (AS), The Doctors.
Beliau berkata, makanan seperti ayam goreng dan 'onion rings' pula
sangat tidak baik kepada hati.
''Perubahan berlaku di dalam enzim hati seperti kesan jangkitan
hepatitis. Penyakit ini boleh merosakkan hati,'' katanya.
Ordon memberi amaran sebarang produk yang ditandakan sihat atau
segar di restoran makanan segera berkemungkinan tinggi mempunyai bahan kimia
tambahan kerana tiada peraturan jelas tentang makanan berkenaan.
''Beberapa tempat menggunakan sejenis bahan dikenali sebagai
propylene glycol yang merupakan sejenis bahan antibeku ke atas sayur-sayuran
untuk mengelak daripada rosak.
''Walaupun jumlah itu kecil namun adakah anda mahu makan bahan
antibeku,'' katanya. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130218/lu_06/Makanan-segera-rosakkan-hati#ixzz2LD0Wqj46
Tiada ulasan:
Catat Ulasan