Putrajaya: Kadar
pengambilan garam rakyat Malaysia ialah 8.7 gram sehari, iaitu 1.7 kali ganda
lebih tinggi berbanding lima gram sehari yang disarankan Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kajian rintis
Kementerian Kesihatan antara Disember 2011 hingga Februari 2012 itu juga
menunjukkan lelaki mengambil lebih banyak garam.
Garam berlebihan menyebabkan penyakit hipertensi (darah tinggi). Keadaan lebih buruk jika seseorang kurang ambil sayur, minum alkohol berlebihan dan gaya hidup kurang cergas.Data Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan 32.7 peratus warga Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas menghidap darah tinggi selain 5.8 juta dewasa berisiko mendapat penyakit kardiovaskular.

Langkah paling berkesan dari segi kos bagi mengurangkan bebanan penyakit tidak
berjangkit adalah melalui promosi dan pencegahan, katanya sempena Kempen
Kesedaran Garam Sedunia 2013, di sini, semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan