16 Disember 2008

Penyakit Tibi


Tibi adalah penyakit yang disebabkan oleh kuman Mycobacterium Tubeberculosis. Jika tidak dirawat atau rawatan tidak sempurna, maut adalah kesudahannya. Bagaimanakah TIBI merebak, kuman Tibi disebarkan melalui udara apabila pesakit batuk atau bersin, seseorang berisiko tinggi untuk dijangkiti TIBI jika ianya rapat dengan pesakit TIBI, tidak memilik imuniti kuman TIBI, pembawa HIV, mengidap penyakit seperti Asma, Diabetes, COPD, Kanser atau lain-lain yang menyebabkan sistem imunitinya menurun, mendapat rawatan ubat seperti steroid dalam tempoh yang lama menyebabkan sistem imuniti lumpuh, warga emas. Organ yang biasa diserang penyakit TIBI adalah seperti otak, kulit, buah pinggang, tulang, paru-paru dan kelenjar leher.

Tanda-tanda penyakit TIBI adalah seperti batuk berpanjang melebihi 2 minggu, batuk dengan kahak berdarah, deman berpeluh terutama pada waktu petang atau malam, kurang selera makan, letih dan lemah badan.

Cara untuk mengesan penyakit TIBI adalah jika anda mengalami tanda-tanda seperti di atas, hendaklah mendapatkan pemeriksaan doktor, melakukan pemeriksaan kahak, menjalani pemeriksaan x-ray dada.

Rawatan yang di berikan oleh Pegawai Perubatan biasanya dalam tempoh rawatan sekurang-kurangnya 6 bulan. Jenis ubat-ubatan ialah Steptomycin, Rifamicin, Ethambutol, Isoniazide Pyrazinamide.

Kesimpulannya penyakit TIBI boleh disembuhkan jika dikesan awal serta diberi rawatan. Jaga kesihatan agar dapat hidup sihat sepanjang masa. Setiap penyakit ada ubatnya.

sumber: KKM

1 ulasan:

  1. Macam-macam penyakit atas dunia ni...aku bersyukur terhindar dari penyakit berbahaya..

    BalasPadam