19 Februari 2009

Sayur Cegah Risiko Barah


Washington: Penghidap barah payu dara yang makan sayur-sayuran dan buah-buahan berlebihan boleh membantu mengurangkan risiko ketumbuhan hampir satu pertiga.

Di Amerika Syarikat satu kajian mendapati sayur dan buah bertindak terhadap estrogen dan membantu wanita selepas terapi barah. Walau bagaimanapun keadaan ini bergantung kepada kesabaran individu terbabit kata laporan Journal of Clinical Oncology.

Wanita ketika peringkat awal barah merasai kepanasan mempunyai peluang lebih baik dan kadar ulangan yang rendah, kata Ellen Gold dari University of California Davis yang membantu kajian itu.

Beberapa kajian menunjukkan wanita yang merasai kepanasan rawatan barah payu dara mempunyai setrogen rendah berbanding wanita tidak merasainya.

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran melebihi lima hidangan sehari mengurangkan kadar estrogen yang terjejas dalam pesakit barah.-Reuters.

sumber: BH 17.12.2008

Tiada ulasan:

Catat Ulasan