11 Mac 2009

Majoriti wanita tidak rancang perbelanjaan

NEW DELHI: Wanita India masih tidak mampu memperkasakan diri walaupun turut menjadi penyumbang nafkah kepada rumah tangga, menurut satu tinjauan yang disifatkan sebagai berita buruk sempena 'Hari Wanita'.
Malah, aspek kewangan di kalangan wanita bekerjaya berbanding di kalangan suri rumah.

Tinjauan ke atas wanita bujang dan berkahwin, kira-kira separuh daripada mereka bekerja dan separuh lagi suri rumah di seluruh lapan bandar raya terbesar di India menunjukkan majoriti tidak memutuskan bagaimana wang akan dibelanjakan.


Hasil kajian terutama membimbangkan kerana mereka yang disoal selidik masih muda, dalam lingkungan usia 20-an hingga 40-an dan daripada kategori sosio-ekonomi tertinggi.
Tinjauan dilakukan secara eksklusif untuk akhbar Times of India oleh agensi penyelidikan pasaran terkemuka, Synovate India, di New Delhi, Mumbai, Kolkata, Chennai, Bangalore, Hyderabad, Pune dan Jaipur pada minggu ini. - Agensi
sumber: http://bharian.com.my/ 09.03.09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan