12 Mac 2009

Makan vitamin C boleh elak gout


CHICAGO: Lelaki yang menelan vitamin C dalam jumlah yang tinggi daripada makanan atau makanan tambahan mempunyai risiko rendah mendapat gout, sejenis radang sendi akibat pengumpulan asid urik sekali gus menyebabkan sendi bengkak, kata penyelidik kelmarin.

“Pengambilan vitamin C mungkin menyediakan pilihan berguna dalam mencegah gout,” kata Dr Hyon Choi dan rakannya di Universiti British Columbia di Vancouver dalam kajian diterbitkan di Archives of Internal Medicine.


Mangsa gout biasanya lelaki berusia 40 tahun dan lebih walaupun ia turut menyerang wanita. Vitamin C jelas merendahkan paras asid urik dalam darah, kata pasukan penyelidik.

Gout boleh menyebabkan kerosakan sendi kekal dan dikaitkan akibat penyalahgunaan alkohol, tekanan darah tinggi dan diet tinggi kandungan daging dan keju. Ia semakin biasa dan menjejaskan tiga juta penduduk di Amerika Syarikat.

Satu kajian ke atas hampir 47,000 lelaki Amerika dari 1986 hingga 2006 bagi pelbagai masalah kesihatan mendapati bahawa setiap penambahan 500 gram pengambilan vitamin C harian mengeluarkan 17 peratus pengurangan risiko gout.

Sebiji buah oren mempunyai kira-kira 70 miligram vitamin. Kandungan lebih tinggi datangnya dalam bentuk pil. - Reuters
sumber: http://bharian.com.my/ 12.03.09
Roselle dipercayai mempunyai kandungan paling tinggi Vitamin C melebihi dari yang terdapat dalam keluarga Limau ( Citrus)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan