10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun kerana rokok.
PEROKOK di Malaysia menghisap 33 juta batang rokok sehari. Dengan anggaran minimum sebatang rokok berharga 26 sen, perokok membelanjakan kira-kira RM8.6 juta sehari untuk membeli rokok!
Suatu pembaziran yang boleh dielakkan. Justeru, tidak hairan apabila merokok disifatkan sebagai sejenis penyakit.
Malah mengikut pengkelasan penyakit antarabangsa, merokok dikodkan sebagai F17.2 iaitu kategori penyakit mental dan perlakuan yang memungkinkan perokok ditakrifkan sebagai penagih.
Penolong Pengarah Kanan Kawalan Tembakau dan FCTC (Konvensyen Rangka kerja dan Kawalan Tembakau), Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr Zarihah Zain, berkata tembakau adalah penyebab kematian dan kesengsaraan paling utama di dunia ketika ini.
Lebih daripada lima juta orang meninggal dunia akibat penggunaan tembakau, jumlah yang lebih besar daripada gabungan pesakit malaria, HIV/Aids dan batuk kering.
sumber :
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sihat/20090607102259/Article/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan