23 Mac 2010

Nikotin beku dalam otak perokok

WASHINGTON 9 Mac - Nikotin terkumpul secara beransur-ansur di dalam otak perokok dan bukan hanya meningkat setiap kali rokok dihisap, menurut satu kajian yang mungkin membantu dalam mencari cara baru menghentikan amalan tidak sihat ini.
Dr. Jed E. Rose dari Duke University dalam laporan yang disiarkan di edisi dalam talian Proceedings of the National Academy of Sciences semalam menyatakan bahawa pengumpulan nikotin di dalam otak meningkat selama beberapa minit.

Teori saintis sebelum ini menyatakan jumlah nikotin meningkat selama tujuh saat setiap kali rokok dihisap, namun tiada pengukuran pernah dibuat sehinggalah sekarang, kata Rose.
Rose menggunakan imbasan otak untuk mengukur kandungan nikotin di kalangan 13 perokok tegar dan 10 orang yang jarang merokok, sebagai penanda mereka tidak ketagih pada rokok.
Kajian mendapati, kadar tertinggi nikotin terkumpul di dalam otak adalah selama tiga hingga lima minit dan terkumpul dengan lebih perlahan di kalangan perokok tegar berbanding mereka yang jarang merokok.
Kadar yang lebih rendah itu disebabkan nikotin berada di dalam paru-paru lebih lama bagi golongan ketagihan merokok, yang mungkin menjadi punca kesan buruk tabiat itu kepada paru-paru. - AP

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0310&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_11.htm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan