17 Disember 2008

Katakan Tak Nak


Merokok punca penyakit berbahaya merokok adalah tabiat buruk dan akan menyebabkan ketagihan. Asap rokok dikaitkan dengan 40 jenis penyakit serius seperti:- penyakit jantung, kanser, tekanan darah tinggi, jangkitan saluran penafasan, angin ahmar (strok), penyakit gigi dan gusi, penyakit mata, ulser perut, osteoporosis, arteriosclerosis( penyempitan saluran darah).

Kebaikan Tidak Merokok
Berketerampilan, segak, matang dan disegani, cemerlang dalam pelajaran, sihat,cergas dan berstamina, ceria dan mempunyai ramai kawan, semua agama melarang penganutnya melakukan perbuatan yang merosakkan diri.




Racun Di Dalam Asap Rokok
Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia yang mana 200 daripadanya adalah beracun dan 63 adalah penyebab kanser ( karsinogenik ) Antara bahan-bahan kimia tersebut ialah:- Amonia ( pencuci lantai ) Butane, Arsenik, Karbon Monoksida, Nikotin, Tar ( Bahan Membuat Jalanraya) kadmium, Metanol, Formaldehyde, Naphthylamine.

Kenapa Anda Tidak Patut Merokok
Merokok tidak menampakkan kedewasaan, dengan merokok seseorang itu tidak mudah mendapat kawan, merokok bukan merupakan sumber ilham, perokok sebenarnya tidak hebat (macho) dan bergaya. Merokok tidak mengekalkan kelangsingan badan.

Sentiasa Katakan Tak Nak
T-Terpuji
A-Aktif dan berstamina
K- Keterampilan

N- Nampak Ceria
A- Anda sihat
K- Kecemerlangan

Kesimpulannya setiap individu akan lebih cemerlang jika tidak merokok dan jadilah salah seorang daripadanya. Amalkan gaya hidup sihat demi untuk kehidupan hari esok yang lebih baik dan cemerlang.

sumber: KKM

1 ulasan:

  1. Bukan sahaja membazir duit juga membahayakan kesihatan. Aku ceria dan bebas dari Ketagih ROKOK....

    BalasPadam