17 Disember 2008

Perokok Bertambah Ramai.


Kajian yang dilakukan mendapati 40.2 peratus golongan dewasa di negeri ini menghisap rokok. Terengganu ialah negeri tertinggi jumlah perokok di kalangan orang dewasa apabila hampir separuh daripada golongan itu terbabit dengan tabiat berkenaan.

Golongan remaja juga terbabit manakala ramai kaum wanita ketagih tembakau katanya kepada pemberita selepas perasmian Hari Tanpa Tembakau Sedunia dan Calvacade ” Jom Tak Nak Merokok ” peringkat negeri Terengganu.

Kesimpulannya berbagai kempen yang dianjurkan kerajaan agar masyarakat berhenti merokok masih kurang menarik minat golongan perokok untuk berhenti merokok, walaupun kerajaan telah menaikkan cukai tembakau. Berhenti merokok bukanlah sesuatu yang susah cuma niat, azam dan tekad yang bersungguh-sungguh serta perbetulkan minda. Aku bersyukur kerana tidak merokok.
sumber: BH 19.07.2007

2 ulasan: