22 Februari 2009

Bayi Mendapat Gangguan Mental Jika Ibu Tertekan


London: Wanita yang mengalami tekanan teruk pada awal kehamilan meningkat risiko bayi mereka mengidap skizofrenia. Penyelidik menemui kaitan antara perubahan hidup serius dalam tiga bulan pertama kehamilan dan perkembangan gangguan kesihatan mental di kalangan anak mereka di kemudian hari.

Tekanan teruk dikelaskan sebagai berdepan kematian anak terdahulu, pasangan, ibu bapa atau adik beradik atau saudara menghidap penyakit serius seperti barah atau serangan jantung.


Wanita hamil yang menderita tekan hebat memiliki anak dengan 67 peratus risiko menghidap skizofrenia. Skizofrenia ialah penyakit mental dengan gejala nya termasuk halusinasi, khayal dan kerap bertukar perangai. Tiada penawar bagi penyakit itu tetapi sesetengah pengidap dapat dirawat dengan ubat.

Penyelidikan terdahulu menunjukan kaitan antara masalah dalam kehamilan seperti jangkitan termasuk selsema dan tekanan kelahiran dengan peningkatan risiko skizofrenia.

Profesor Philip Baker dari Jabatan Kebajikan Kanak-kanak Tommy yang membiaya penyelidikan berkata, Kita semakin banyak belajar bahawa persekitaran yang didedahkan kepada bayi ketika dalam rahim menentukan kesihatan jangka panjang.

Kajian ini menunjukkan tekanan pada awal kehamilan meningkat risiko bayi mendapat masalah kesihatan mental. Pada tahap awal yang jarang diberikan perhatian mencukupi adalah paling penting dalam menentukan sejauh mana kehamilan akan berjaya.

Katanya, konsep baru itu benar-benar mengubah cara orang ramai berfikir mengenai kehamilan.-Agensi

sumber: BH 06.02.08

Tiada ulasan:

Catat Ulasan