22 Februari 2009

Pesawat Guna Minyak Sayur

Wellington: Sebuah jet penumpang yang menggunakan sebahagian kuasa minyak sayur berjaya menamatkan penebangan dua jam untuk menguji bahan bakar biofoel berkenaan yang boleh mengurangkan kos dan pelepasan asap pesawat.

Pesawat Boeing 747-400 satu enjin menggunakan kuasa minyak 50 peratus daripada pokok jatropha dan 50 peratus minyak standard A1. Tahun ini menyaksikan desakan bagi pesawat untuk mendapatkan bahan bakar alternatif berikutan harga minyak dunia yang melambung tinggi pada awal 2008 dan kini menyaksikan dunia berhadapan kelembapan ekonomi.
Bagaimanapun Air New Zealand tidak dapat menjelaskan sama ada campuran bahan bakar terbabit lebih murah berbanding minyak jet standard berikutan jatropha belum lagi dikeluarkan secara komersial, tetapi syarikat itu menjangka harganya kompetitif kata jurucakap syarikat, Tracy Mills. Bahan bakar bio sebelum ini disifatkan tidak praktikal bagi industri penerbangan berikutan ia boleh membeku ketika suhu rendah.-AP
sumber: BH 31.12.08

Tiada ulasan:

Catat Ulasan