23 Februari 2009

Cerai Punca Kelihatan Lebih Tua

London: Penyelidik mendapati perceraian menjejaskan penampilan dan menjadikan seseorang itu lebih tua dari usia sebenar berbanding golongan bergelar balu.

Mereka mengkaji pasangan kembar seiras yang secara genetiknya di makan usia, untuk menenntukan sama ada pengalaman tertentu memberi kesan penuaan.




Warisan seseorang mungkin pada awalnya menentukan bagaimana mereka berusia tetapi jika memasukan faktor tertentu dalam hidup anda pasti akan tua lebih cepat dan sebaliknya jika anda mengelakkan faktor itu anda boleh melambatkan penuaan, kata Profesor Bahaman Guyuron yang mengetuai kajian.

Profesor Guyuron dan rakannya mengumpulkan maklumat daripada soal selidik dan imej digital yang diambil dari 186 pasangan kembar. Satu panel hakim bebas kemudian menilai imej berkenaan untuk menyatakan perbezaan usia antara adik beradik.

Ujian menunjukkan kembar yang bercerai kelihatan dua tahun lebih tua berbanding saudaranya yang berkahwin, bujang atau balu.- Agensi.

sumber: BH 09.02.09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan