23 Februari 2009

Orang Murung Kerap Tengok TV

Washington: Satu kajian membuktikan apa yang bertentangan dengan kepercayaan ramai mereka yang sedang bermuram atau kesedihan terbukti lebih banyak menonton televissyen berbanding individu yang gembira.

Penyelidik Universiti Maryland, Amerika Syarikat mendakwa mereka yang gembira sebaliknya lebih banyak terbabit dalam kegiatan bersosial membaca akhbar dan mengadakan hubungan seks tetapi kurang menonton televisyen.



Mereka yang sedang kesedihan sebaliknya menonton televisyen pada kadar 30 peratus lebih ramai berbading meraka yang gembira kata penyelidik, John Robinson dan Steven Martin.
Penyelidik itu membuat rumusan berkenaan selepas mengkaji tabiat sosial 30,000 responden bagi tempoh panjang iaitu antara 1976 hingga 2006.

Penemuan itu membangkitkan persoalan mengenai kajian lain yang menunjukkan perbuatan menonton televisyen menjadi sebahagain kegiatan harian penting individu.

Data yang kami ada menunjukkan televisyen memberikan lebih banyak kegembiraan pada waktu terdekat" kata Robinson.- Agensi

sumber: BH 17.11.08

Tiada ulasan:

Catat Ulasan