

Pada akhir kajian selama dua tahun wanita yeng mengikuti program meditasi mencatatkan kehilangan berat badan dan kekal begitu sedangkan mereka yang memberi tumpuan kepada senaman dan menghadkan pengambilan makanan semata-mata tidak menunjukkan sebarang kejayaan.

Sepasukan penyelidik di Universiti Otago di New Zealand membahagikan 225 wanita dengan berat badan berlebihan kepada tiga kumpulan , menurut laporan dalam jurnal Preventive Medicine. Kumpulan pertama mengambil bahagian dalam meditasi dan bayangan positif. Kumpulan kedua memberi tumpuan kepada senaman dan pengambilan makanan manakala yang ketiga menerima maklumat permakanan secara pos.
Dr. Caroline Horwath berkata ketiga-tiga kumpulan itu berjaya menghalang sebarang pertambahan berat badan tetapi hasil paling memuaskan berlaku kepada kumpulan pertama mereka kehilangan berat badan purata 2.5 kilogram.
Selama dua tahun wanita itu cuma satu-satunya yang mengekalkan pembaikan psikologikal dan gejala perubatan. Dengan mengamalkan teknik bertenang sebagai sebahagaian program pertukaran gaya hidup, wanita mempunyai kaedah berkesan menangani tekanan dan emosi tanpa terbabit dalam gaya permakanan tidak sihat.

sumber: BH 22.01.09
Tiada ulasan:
Catat Ulasan