25 Februari 2009

Perut Buncit Pendek Umur


London : Satu kajian terbaru mendedahkan bahawa mereka yang berperut buncit dan mempunyai lemak berlebihan di sekeliling pinggang berdepan risiko dua kali ganda untuk mati pada usia muda.

Kajian membabitkan 350,000 orang di seluruh Eropah dan disiarkan JUrnal Perubatan New England sdise terbaru itu menyatakan lebihan lemak di bahagian perut menjejaskan kesihatan walaupun jika seseorang itu tidak dikategorikan gemuk dan mempunyai berat badan keseluruhan yang normal.



Ketua kajian dari Institut Permakanan Manusia Jerman di Potschon-Rehbrucke, Dr Tobias Pischon, berkata kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda bukansaja berpunca daripada kegemukkan semata-mata tetapi juga di sebabkan masalah pengedaran lemak dalam badan.

" Lemak di bahagian perut bukan saja menyimpan tenaga, tetapi merangsang pengeluaran sejenis hormon dikenali cytokines yang menyumbang kepda serangan penyakit kronik " katanya.

Hasil kajian itu mencadangkan doktor agar mengira ukur lilit bahagian perut dan punggung pesakit, selain purat indeks jisim tubuh sebagai pemeriksaan asas yang mesti dilakukan ke atas pesakit.
Perbandingan yang dibuat ke atas pesakit dengan indeks jisim tubuh sama menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda meningkat apabila ukur lilit pinggangmereka semakin besar.


Risiko mati muda meningkat dua kali ganda bagi meraka yang mempunyai perut buncit iaitu lebih ukur lilit pinggang melebihi 120 sentimeter bagi lelaki dan lebih 100 sentimeter bagi wanita, berbanding mereka yang mempunyai ukur lilit lebih kecil iaitu kurang dari 80 sentimeter bagi lelaki dan kutrang 65 sentimeter bagi wanita, katanya.

Dr Pischon berkata, nisbah ukur lilit antara pinggang dengan punggung juga boleh jadi penunjuk yang penting kepada keadaan kesihatan seseorang." Nisbah yang lebih kecil antara pinggang dan punggung menunjukkan risiko kesihatan yang lebih rendah berbanding nisbah yang lebih besar antara kedua-duanya, kata beliau. - Agensi

sumber: BH 17.11.08
Adakah anda juga mengalami masalah perut buncit pastikan ianya slim semula dengan kaedah berpuasa ianya pasti mampu mengurangkan perut buncit selain mengambil makanan berkhasiat serta makan bila perlu dan lapar sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan