25 Februari 2009

Cinta Monyet Tak Jamin Kebahagiaan


London: Cinta pertama diakui asyik dan intim tetapi satu penyelidikan baru mendapati jika mahu kebahagiaan pada hari kemudian hari lebih baik mengelak daripada dilamun cinta monyet sama sekali.

Dakwaan itu terkandung dalam buku bertajuk Changing Relationships koleksi kertas penyelidikan barau oleh pakar sosiologi termuka Britain yang disunting pegawai penyelidik di institut bagi Penyelidikan Sosial Dan Ekonomi di Universiti Essex, Malcolm Brynin.
Brynin mendapati kegembiraan cinta pertama boleh merosakkan hubungan masa depan. " Menakjubkan nampaknya rahsia mencapai kegembiraan dalam hubungan ialah dengan mengelak cinta pertama terlalu asyik, kata Brynin.



Ketika menyelidik kompenan bagi hubungan cinta jangka panjang yang berjaya, Brynin mendapati keasyikkan cinta pertama boleh menetapkan tanda aras tidak realistik.
" Jika anda berada dalam cinta pertama penuh keasyikan dan membenarkan tanda aras hubungan yang dinamik kemudian ia sudah tidak boleh dielakkan menjadikan hubungan cinta masa depan yang lebih dewasa membosankan dan mengecewakan" katanya.

Orang dewasa dalam hubungan cinta jangka panjang yang berjaya adalah mereka yang bersabar dan mengambil pandangan pragmatik mengenai apa yang diperlukan dalam satu perhubungan.

Katanya masalah bermula apabila seseorang itu bukan saja cuba mendapatkan apa yang diuperlukan bagi hubungan lebih matang tetapi juga berusaha mengekalkan keseronokkan dan keasyikan yang diperoleh dalam cinta monyet.

Pandangan Brynin disokong oleh pensyarah psikologi sosial di Universiti Central Lancashire, Dr Gayle Brewer yang berkata: " Jika anda menilai hubungan dewasa berbanding cinta monyet anda mengunakan tanda aras tunggal iaitu keasyikan dan keintiman tidak realistik. -Agensi

sumber : BH 20.01.09
Sebahagian pelajar di negara kita ramai yang terjebak dengan Cinta Monyet, wajarkah cinta monyet itu diteruskan atau dibiarkan sahaja oleh ibubapa.????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan