25 Februari 2009

Wanita Berdagu Tirus Lebih Setia

London: Lelaki yang mahukan isteri setia disarankan memilih wanita berdagu tirus kerana penyelidikan membuktikan wanita dagu lebar cenderung menjalin hubungan sulit.


Rumusan dibuat berdasarkan penyelidikan yang dilakukan sekumpulan pakar psikologi. Mereka memilih sekumpulan wanita muda dan menyoal mengenai sejarah dan fantasi seks mereka.


Wanita berkenaan kemudian dinilai sekumpulan lelaki berdasarkan keinginan sebagai bakal pasangan. Kumpulan lelaki itu tidak diberitahu mengenai selidik seks. Bagaimanapun hasil menunjukkan wanita dagu lebar lebih aktif dari segi seksual berbanding wanita berdagu tirus.tetapi mereka tidak tertarik pada pandangan lelaki.



Saintis terbabit empat daripada universiti di Amerika Utara merumuskan lelaki akan meminggirkan wanita dengan penampilan gagah apabila pasanagn jangka panjang kerana bimbang diduakan isteri.

Dagu besar selalunya disebabkan pengeluaran hormon testosteron banyak, yang wujud pada semua wanita dalam jumlah tertentu. Lelaki bimbang wanita yang aktif secara seksual sebelum menjalin hubungan cenderung menjadi tidak setia pada masa depan.

Pakar psikologi percaya reaksi yang tidak mahukan wanita berdagu besar disebabkan kehendaki evolusi mahu memiliki pasangan yang setia, melahirkan anak hanya untuk lelaki.



Rumusan itu boleh dibuktikan dengan melihat dunia selebriti. Sebagai contoh, aktres Joanne Woodward yang memiliki dagu tirus hidup bahagia dengan ikon Hollywood selama 50 tahun sehingga kematian aktor itu pada usia 83 tahun September lalu manakla dagu besar sebaliknya.
Atikel kajian itu yang disiarkan dalam jurnal Personality And Individual Diffrences menyebut: Hasil kajian adalah penting dalam menunjukkan bahawa persepsi wanita sebagai pasangan jangka panjang yang memberahikan dan boleh dipercayai, diperoleh lelaki dengan cuma melihat penampilan mereka" - Agensi

sumber : BH 02.02.09
Persoalannya adakah benar bentuk wajah setiap individu itu mempunyai sifat-sifat peribadi yang boleh dibaca atau dinilai orang lain ??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan