01 Mac 2009

Majoriti Ibubapa Sokong Hukuman Rotan


London: Penyelidikan yang dilakukan kerajaan menunjukan sebahagian ibu bapa percaya hukuman berat adalah ' kaedah kawalan berkesan' kepada pelajar dan berkata tingkah laku kanak-kanak semakin teruk sejak amalan merotan dihapuskan.


Mereka berkata, keputusan untuk mengharamkan hukuman itu menyumbangkan kepada peningkatan masalah disiplin dikalangan pelajar.

Komen itu dalam kajian yang disokong oleh Jabatan Kanak-kakak, Sekolah dan Keluarga, didedahkan beberapa bulan selepas satu perlima guru menggesa hukuman rotan diperkenalkan semula untuk mengawal keadaan dalam kelas.

Minggu ini laporan oleh Ofsted menunjukkan kaedah disiplin tradisional seperti menggantungkan persekolahan beratus-ratus pelajar bermasalah pada satu masa dan melarang pelajar membotakkan kepala atau memakai pakaian berjenama adalah pencegahan yang baik.



Hukuman berat termasuk penggunaan rotan dan pembaris dihapuskan di sekolah kerajaan pada 1987 dan 1998 di sekolah persendiriaan.


Dalam kajian terbaru jabatan berkenaan mengadakan temubual dengan 48 orang dewasa untuk mengukur sejauh mana pandangan mereka mengenai tingkah laku golongan muda. Apabila diminta mengambarkan apa yang mereka rasa menjadi punca penurunan mutu disiplin , mereka mengemukakan beberapa sebab berdasarkan pemantauan umum. -Agensi.

sumber: BH 28.02.08


Persoalannya adakah hukuman merotan wajar diperkenalkan semula di sekolah bagi mengatasi atau mengurangkan masalah disiplin pelajar di negara kita yang kita dengar, lihat dan membacanya melalui akhbar-akhbar harian semakin berat dan membingungkan ibubapa . ???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan