
Kuala Lumpur: Pelajar yang terbabit dalam masalah disiplin termasuk terjebak dalam perlakuan ganas wajar dikenakan hukuman rotan , selain diberi kaunseling bagi mengekang kegiatan jenayah.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia( MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata hukuman rotan boleh dilaksanakan sekiranya pelajar didapati melakukan jenayah seperti buli yang mendatangkan kecederaan terhadap mangsa.

Bagaimanapun beliau tidak yakin hukuman untuk membuang pelajar daripada sekolah boleh menangani masalah disiplin pelajar kerana ianya menjadikan pelajar itu cenderung melakukan lebih banyak jenayah akibat tiada pengawalan dan pengawasan.
" Sebaiknya pelajar terbabit diberi amaran terlebih dulu sebelum dikenakan hukuman rotan serta diberi kaunseling bagi membentuk jati diri. Hanya jika mereka terus melakukan kesalahan jenayah ini kita ambil tindakan membuang mereka daripada sekolah" katanya ketika dihubungi di sini, semalam. sumber: BH 02.03.09
Persoalannya adakah merotan mampu mengurangkan masalah disiplin pelajar lantas membaiki akhlak pelajar seterusnya menjadi insan cemerlang. Mengikut ahli psikologi, merotan anak yang melakukan kesalahan berat boleh mengurangkan sikap degil dan nakal.

Orang tua-tua dulu memastikan rotan sentiasa ada di rumah bagi memberi peringatan kepada anak-anak serta penghuni rumah. Malah Tok Guru mengaji juga mengajar sebahagiannya memegang rotan ketika mengajar.
Apa pula pandangan anda??? Yang pasti kita ingin melihat masyarakat dan pelajar kita hidup dalam keadaan aman serta menjadi pemimpin hebat dan cemerlang pada satu masa nanti.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan