
Washington: Tiga sajian brokoli mentah atau kubis setiap bulan mampu mengurangkan risiko barah pundi air kencing sehingga 40 peratus, lapor sekumpulan penyelidik minggu ini.
Kajian lain turut menunjukan bahawa buah beri berwarna gelap juga boleh mengurangkan risiko barah, sekali gus meningkatkan bukti bahawa buah-buahan dan sayuran terutamanya yang berwarna boleh mengurangkan risiko penyakit barah.
Hasil kajian berkenaan diperoleh penyelidik di Institut Barah Roswell Park di Bufflo, New York yang melakukan ujian terhadap 275 orang pengidap barah pundi kencing dan 825 orang yang sihat.
-Reuters
sumber: BH 09.12.2007
Tiada ulasan:
Catat Ulasan