CINTANYA kepada alam semula jadi tidak pernah pudar. Malah perasaan cintanya itu semakin mendalam kerana baginya, alam memberikan inspirasi untuk terus melahirkan karya bermutu. Bagi Kitaro, bunyi kicauan burung, deruan angin, air yang mengalir semua itu bagaikan irama indah yang boleh diterjemahkan sebagai muzik yang mendamaikan.
Justeru, bagi Kitaro, alam seharusnya dijaga, dihormati dan bukannya dicemari dengan kegiatan yang boleh merosakkannya. Dia cukup bimbang melihat sifat manusia yang rakus dan terlalu mementingkan diri membuatkan bumi semakin menuju kemusnahan.
“Dunia sekarang sedang berdepan dengan pelbagai masalah. Politik yang tidak stabil, pertumbuhan ekonomi tidak menentu membuatkan manusia semakin hilang pertimbangan. Selagi manusia hidup bertunjangkan wang dan mengenepikan sifat peradaban manusia, selagi itu bumi akan hancur seperti yang kita lalui ketika ini,” katanya mengulas pandangannya mengenai situasi dunia yang semakin berkecamuk.
Tegasnya, alam semula jadi perlu terus dipelihara dan manusia harus tahu dan faham tanggungjawab mereka demi keamanan sejagat.
Sebagai pencinta alam semula jadi, Kitaro juga percaya muzik yang dimainkannya itu mampu merawat kekosongan jiwa yang membawa kepada sifat negatif manusia.
“Muzik mudah meresap ke jiwa. Dengan muzik, jiwa yang kusut menjadi tenang dan saya percaya, muzik mampu menyembuhkan penyakit jiwa yang boleh membawa aura negatif. Menerusi konsert Love and Peace Tour 2009 yang sedang saya lakukan ini, saya percaya ramai yang akan mendapat mesejnya supaya mencintai keamanan dan hindari peperangan,” katanya dalam satu temu bual bersama Hip baru-baru ini.
sumber: http://bharian.com.my/ 16.03.09
Maklumat lanjut di berita harian..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan