KOTA BHARU: Kesempitan hidup keluarga pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, mendapat perhatian pelbagai pihak, termasuk kerajaan negeri yang bersetuju memberikan sebuah rumah bernilai RM130,000 untuk diduduki keluarga berkenaan.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika mengunjungi rumah keluarga pelajar itu semalam, berkata rumah teres setingkat di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa yang dalam pembinaan itu adalah projek di bawah Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
Dalam kunjungan itu, Nik Abdul Aziz menyampaikan sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM5,000 kepada Nik Nur Madihah sambil disaksikan bapanya, Nik Mohd Kamal Husin, 41, yang bekerja sebagai nelayan dan isteri, Mariani Omar, 40, tukang sapu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Keluarga Nik Nur Madihah tinggal di rumah usang yang hanya mempunyai dua bilik yang disewa di Kampung Parang Puting, dekat Pengkalan Chepa, di sini, sejak 14 tahun lalu. Malah, Nik Mohd Kamal sudah setahun tidak membayar sewa rumah kerana kesempitan hidup.
Dalam keputusan SPM yang diumumkan Khamis lalu, pelajar Maahad Muhammadi (P), di sini, itu diumumkan pelajar terbaik selepas memperoleh 19A1 dan 1A2.
Sementara itu, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, turut menjanjikan bantuan menerusi Program Kemiskinan Bandar bagi menjelaskan sewa bulanan rumah diduduki keluarga terbabit sementara menunggu rumah yang dijanjikan kerajaan negeri siap dibina.
Timbalan Pengarah JPP Kelantan, Othman Che Mat, berkata pihaknya akan berurusan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berhubung perkara itu secepat mungkin.
Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Hussin, turut prihatin terhadap kesempitan hidup dialami keluarga Nik Nur Madihah apabila menyampaikan sumbangan peribadi RM1,000.
sumber: http://bharian.com.my/ 16.03.09

Tiada ulasan:
Catat Ulasan