30 Mac 2009

Amaran masuk premis judi

KUANTAN: Berkuat kuasa 1 April ini, tiada lagi kompromi dan umat Islam akan berdepan tindakan tegas termasuk didenda atau penjara atau kedua-duanya sekali jika ditahan kerana memasuki premis perjudian terbuka seperti kedai nombor.
Timbalan Yang Dipertua Maip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, berkata langkah tegas mengikut Seksyen 169, Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Maip) diambil selepas pihaknya mengadakan penerangan, termasuk menampal notis di premis perjudian bagi memaklumkan larangan terhadap umat Islam mengunjungi premis berkenaan.
“Kita berbuat demikian kerana tindakan yang akan dilakukan itu diketahui secara menyeluruh dan tiada lagi alasan jika mereka dikenakan tindakan mulai 1 April ini.
"Saya menasihatkan umat Islam tidak melanggar peraturan berkenaan kerana perjudian diharamkan agama kerana mendatangkan keburukan dan membawa kepada perlakuan tidak bermoral," katanya semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan