23 Mac 2009

Bau peluh serlah tahap ghairah lelaki

TEXAS: Seorang wanita, secara tidak sedar boleh memberitahu bila seorang lelaki tertarik secara seksual kepadanya dengan hanya bau peluhnya, menurut satu kajian baru.

Penyelidik, bau peluh lelaki berbeza menurut perasaan yang dialami ketika itu dan otak wanita boleh tahu sama ada beliau tertarik kepadanya.

Penemuan itu membawa saintis percaya seperti juga haiwan, manusia menggunakan bau atau feromon, untuk berkomunikasi dengan orang lain.

Kajian itu, yang diketuai oleh profesor psikologi di Universiti Rice di Texas, Denise Chen, membabitkan perkenalan dua jenis peluh lelaki kepada 19 wanita berusia 20-an - satu jenis ‘normal’ dan satu lagi dikategorikan sebagai ‘seksual.’


Peluh itu dikumpul daripada sekumpulan lelaki yang ketiak dilekatkan dengan pelapik polister.

Peluh ‘normal’ dikumpulkan dalam sesi selama 20 minit membabitkan peserta diminta menonton video pendidikan. Mereka kemudian diminta menonton video erotik selama 20 minit dan ketika itu peluh ‘seksual’ dikumpul.

Peserta wanita didedahkan kepada bau berbeza itu ketika Prof Chen meneliti aktiviti otak mereka dengan pengimbas MRI.

Wanita berkenaan tidak menyedari tetapi otak mereka bukan hanya mengenali bau tetapi memberi tindak balas. Prof Chen berkata, peluh ‘seksual’ menggerakkan bahagian berbeza otak peserta.

Beliau menambah, hasil kajian menunjukkan otak wanita mampu mengenali bau lelaki yang tertarik kepadanya.

Prof Chen dan rakan sepasukannya, yang menerbitkan kajian mereka dalam Journal of Neuroscience mahu meluaskan penyelidikan dengan meneliti mengenai kesan feromon memberi kesan kepada tingkah laku lelaki dan wanita. - Agensi


sumber: http://bharian.com.my/ 11.01.09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan