WASHINGTON: Wanita yang berada dalam hubungan tegang kemungkinan memiliki berat badan berlebihan, tekanan darah tinggi dan menderita petanda 'sindrom metabolik' - risiko faktor yang boleh menyebabkan sakit jantung, angin ahmar dan diabetes.
Ketika wanita lebih berisiko mengalami masalah kesihatan disebabkan terikat dengan perkahwinan bermasalah, keadaan sama tidak berlaku kepada lelaki, yang tidak terjejas secara fizikal oleh ikatan perkahwinan tegang.
Saintis percaya punca perbezaan jantina itu terletak pada hakikat kemurungan yang dialami wanita disebabkan pergaduhan dan pertengkaran dalam perkahwinan lebih kemungkinan membawa kepada gangguan metabolik berbanding kemurungan di kalangan suami.
“Mereka yang melaporkan mengalami konflik, permusuhan dan bertentangan pendapat dengan pasangan masing-masing akan lebih tertekan, yang dikaitkan dengan risiko tinggi sakit jantung disebabkan sindrom metabolik,” kata Nancy Henry dari Universiti Utah di Salt Lake City. - Agensi
sumber: http://bharian.com.my/ 07.03.09
Tiada ulasan:
Catat Ulasan