08 Mac 2009

Tunggang Motosikal Bantu Awet Muda

TOKYO: Amalan menunggang motosikal mampu memberi rangsangan positif kepada otak dan membantu penunggangnya awet muda, kata sekumpulan saintis.
“Ketika menunggang motosikal, otak penunggang sentiasa diaktifkan kerana mereka memerlukan kepekaan yang tinggi,” kata saintis Universiti Tohoku, Ryuta Kawashima, selepas beliau dan pasukannya bersama Yamaha Motor melakukan ujian menunggang motosikal membabitkan sekumpulan lelaki pertengahan umur.
Beliau berkata, dalam persekitaran yang selesa dan mudah, minda dan tubuh manusia sudah terbiasa tanpa cabaran dan kekurangan rangsangan.

“Kesimpulan terakhir daripada kajian yang kami jalankan ialah amalan menunggang motosikal dapat membantu seseorang yang berusia pertengahan umur mencergaskan semula diri dan minda mereka,” katanya. - AFP
sumber: http://bharian.com.my/ 08.03.09
Selalulah bawa motor ronda-ronda di taman tempat tinggal. Jangan merempit sudahlah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan