08 Mac 2009

Diet Sayur Mungkin Punca Anak Cacat

DUBLIN: Wanita yang mengamalkan diet sayur-sayuran ketat berisiko tinggi melahirkan anak cacat kerana kekurangan vitamin B12, kata penyelidik. Penyelidikan yang dijalankan di Ireland mendapati wanita dengan kadar rendah B12, yang boleh didapati dalam daging, telur dan susu, apabila hamil paling berisiko melahirkan anak cacat saluran saraf.
Keadaan itu termasuk kerosakan tulang belakang, yang menyebabkan separuh lumpuh dan 'anencephaly' iaitu otak tidak berkembang dan selalunya meninggal dunia sejurus selepas dilahirkan.

Wanita yang mahu hamil atau sedang hamil dinasihatkan mengambil pil tambahan asid folik kerana ia melindungi dari kecacatan itu dan pengambilan vitamin B12 mengurangkan risiko itu.
Sepasukan saintis Institut Kesihatan Kebangsaan, Kolej Trinity Dublin dan Lembaga Penyelidikan Kesihatan Ireland mendapat wanita yang rendah paras vitamin B12 berisiko 2.5 hingga tiga kali lebih berkemungkinan mendapat anak cacat saluran saraf manakala wanita yang dikelaskan sebagai kurang B12 lima kali lebih berkemungkinan mendapat anak cacat. Kajian itu disiarkan dalam jurnal Paediatrics.

Pengarah Institut Kesihatan Kanak-Kanak dan Perkembangan Manusia Kebangsaan di Maryland, Amerika Syarikat, Dr Duane Alexander, yang mengambil bahagian dalam penyelidik itu berkata: "Vitamin B12 penting untuk menggerakkan sistem saraf dan pengeluaran sel darah merah.
"Hasil kajian menunjukkan wanita yang rendah paras B12 bukan hanya berisiko mengalami masalah kesihatan, tetapi juga meningkatkan peluang anak mereka dilahirkan dengan kecacatan serius." Agensi
sumbr: http://bharian.com.my/ 08.03.09
Makanlah lebih sayur dan buah-buahan dalam permakanan harian kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan