BERDASARKAN ujian sinar x yang dibuat, seorang doktor baru-baru ini berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang tertelan gunting secara tidak sengaja.
Kejadian di China itu berlaku apabila Kong Lin, 27, menggunakan gunting sepanjang empat inci untuk mencungkil gigi selepas makan.
Ketika itu, kawannya sedang membuat lawak menyebabkan dia ketawa dan terus tertelan gunting berkenaan secara tidak sengaja.
Dia cuba untuk mengeluarkan alat tersebut dengan cara batuk namun gagal kerana bahagian tajam gunting itu menghala ke atas yang menyebabkan ia tersangkut di bahagian anak tekak.
Doktor, Chen Wei mengambil masa selama 30 minit untuk mengeluarkan gunting itu dengan menggunakan cara pembedahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan