MOSCOW: Seorang lelaki menjadi bidan kepada isterinya dengan bantuan pakar perubatan yang memberi arahan menerusi telefon bimbit selepas panggilan kepada ambulans tidak diendahkan.
Seorang profesor di Institut Tenaga, Vladimir Tulskikh tidak pernah menyangka akan menyambut sendiri kelahiran anak perempuan keduanya. Isteri Tulskikh, Maria, sepatutnya pergi ke hospital pada Isnin lalu, tetapi mula berasa sakit pada pagi Ahad.
“Kami bangun awal Ahad lalu selepas isteri saya mula sakit hendak bersalin. Saya mahu membantu dia bersiap dan membawanya ke hospital, tetapi sudah terlalu lewat.
“Saya hubungi ambulans. Mereka catat alamat rumah dan memberitahu supaya menunggu.
“Kira-kira lima minit yang saya berasa terlalu lama, saya hubungi mereka sekali lagi. Mereka minta saya tunggu. Saya terus menghubungi perkhidmatan menyelamat yang menyambungkan saya kepada pakar perubatan dan beliau memberi arahan menerusi telefon,” katanya.
Segala-galanya berjalan lancar dengan Maria mengikut semua arahan suaminya.
“Saya memegang bayi perempuan saya kira-kira setengah jam. Doktor sampai tidak lama kemudian,” katanya. - Agensi
sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Dunia/20090414071555/Article/index_html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan