BRISBANE: Sebuah hospital di timur Australia meminta maaf kepada keluarga seorang wanita tua kerana tersilap mengisytiharkan dia sudah mati, kata pegawai semalam.
Doktor mengesahkan wanita berusia 92 tahun itu meninggal dunia pada 3 Mei lalu, beberapa jam selepas dia dipindahkan daripada sebuah rumah jagaan dan dimasukkan ke hospital di Queensland.
Saudara maranya diberitahu kematiannya. Bagaimanapun, 10 minit kemudian jururawat di Hospital Innisfail mendapati wanita itu masih bernafas, kata jabatan kesihatan Queensland dalam satu kenyataan.
Dia meninggal dunia tiga hari kemudian kerana penyakit yang tidak dinyatakan. - AP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan