KAHERAH 2 Mei - Mesir akan memulakan operasi kontroversi membunuh semua 250,000 babi hari ini walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan tiada sebarang bukti menunjukkan haiwan itu sebagai punca jangkitan virus influenza A (H1N1) atau selesema babi kepada manusia.
Gabenor Kaherah, Abdel Halim Wazir memberitahu agensi berita negara, MENA, bahawa kerajaan akan mula membunuh kira-kira 60,000 babi yang diternak pemungut sampah di kawasan setinggan ibu negara Mesir ini.
Mesir pada Rabu lalu mengumumkan akan mengorbankan semua populasi babi selepas wabak influenza A melanda beberapa negara, walaupun tiada kes dilaporkan di negara ini.
Tindakan itu mendapat kritikan dengan WHO menegaskan tiada bukti yang mengesahkan jangkitan berasal daripada babi.
Bagaimanapun, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu masih menyelidik sama ada jangkitan virus itu bertambah teruk sehingga membawa kepada risiko kesihatan.
Larangan pergerakan dan perdagangan babi tidak mustahil, demikian menurut laporan keselamatan makanan WHO dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) hari ini.
Pegawai Mesir menjelaskan, pembunuhan tersebut adalah pendekatan kesihatan biasa.Abdel Halim berkata, babi yang dibunuh akan dibekukan sebelum dibakar di dalam relau rumah sembelihan.
"Kita berada pada aras lima, apa yang penting sekarang ialah manusia, bukan haiwan. Pihak berkuasa mengambil kesempatan ini untuk menyelesaikan masalah ternakan babi tidak teratur di Mesir," kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Abdelrahman Shahine kepada pemberita kelmarin selepas WHO meningkatkan aras amaran dan menukar panggilan selesema babi kepada influenza A (H1N1). - AFP
Utama rakyat kerana rakyat yang membantu kemajuan dan keharmonian kehidupan sesebuah negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan