29 April 2009

Selesema babi kian ancam nyawa penduduk dunia


BANDARAYA MEXICO: Kebanyakan negara di seluruh dunia bertungkus lumus semalam untuk mengetatkan kawalan di pintu masuk negara masing-masing bagi mengekang penularan virus selesema babi yang sudah membunuh 81 orang di Mexico dan menjangkiti 12 orang di Amerika Syarikat.


Dalam perkembangan terbaru, pihak berkuasa di New Zealand mengesahkan 10 pelajar negara itu yang baru pulang dari Mexico menghidap selesema babi dan sudah dikuarantin.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam meminta semua negara meningkatkan laporan dan pengawasan ke atas penyakit itu selain menyelaraskan tindak balas untuk mengekangnya.



Virus selesema babi jadi ancaman serius antarabangsa

BANDAR RAYA MEXICO: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang sedang bergelut untuk mengekang penularan virus selesema babi, meningkatkan tahap amaran antarabangsa kepada paras empat selepas jumlah kematian di Mexico meningkat kepada 152 orang.

Sementara itu, Amerika Syarikat yang turut menyaksikan rakyatnya dijangkiti penyakit maut itu membuat persediaan bagi wabak yang lebih teruk ketika Presiden Barack Obama cuba menenangkan penduduk negara berkenaan.

Virus selesema babi semalam disahkan merebak ke tiga lagi negara – Britain, Israel dan New Zealand, sementara ada pakar berkata ia mungkin sudah merebak lebih jauh lagi. "Pada masa ini, usaha kekangan bukan pilihan yang boleh berjaya," kata penolong Ketua Pengarah WHO, Keiji Fukuda.


Di Rumah Putih, perkembangan berhubung selesema babi dimasukkan dalam taklimat harian kepada Obama yang berkata wabak itu tidak harus terlalu membimbangkan rakyat.

"Kami membuat persediaan seolah-olah keadaan sudah menjadi pandemik (wabak besar-besaran)," kata Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Janet Napolitano. Pesuruhjaya Kesihatan Kesatuan Eropah (EU) menasihatkan penduduk benua itu tidak mengunjungi Mexico dan sebahagian Amerika Syarikat jika tidak ada keperluan yang memaksa.

Russia, Hong Kong dan Taiwan berkata mereka akan bertindak meletakkan pelawat yang mempunyai tanda-tanda dijangkiti virus berkenaan di bawah kuarantin.


Mexico yang menjadi negara pertama yang dikesan kemunculan virus selesema babi semalam melaporkan peningkatan jumlah kematian akibat penyakit itu kepada 152 orang.


Menteri Kesihatan Mexico, Jose Angel Cordova berkata tidak ada pihak yang mengetahui di mana munculnya virus baru itu dan berkata ia mungkin bermula di Amerika Syarikat. "Saya rasa amat bahaya untuk menyatakan asal virus ini kerana Texas dan selatan California turut mempunyai kes yang sama," Cordova memberitahu sidang akhbar.

WHO semalam meningkatkan tahap amaran selesema babi kepada paras empat yang memberi makna ia wabak jangkitan berterusan dari manusia ke manusia. Meletakkan tahap amaran kepada paras 4 atau 5 juga menandakan virus itu semakin menyesuaikan diri bagi jangkitan di kalangan manusia. Paras 6 ialah tahap pandemik di mana sekurang-kurangnya dua wilayah di dunia dijangkiti penyakit terbabit.


Sebanyak 50 kes semuanya tidak membabitkan maut disahkan di Amerika Syarikat. Pada peringkat dunia 79 kes disahkan termasuk enam di Kanada, satu di Sepanyol, dua di Scotland, 13 kes disyaki di New Zealand, masing-masing satu di Perancis dan Israel.

Tanda selesema babi termasuk demam, batuk, sakit sendi, pening kepala dan dalam kes tertentu muntah dan cirit-birit. – AP


















Komentar:

Mula-mula dulu kita dikejutkan dengan penyakit lembu gila di UK, selepas tu timbul pula selesema burung, sekarang datang pula selesema babi, kalau dulu negara kita pernah diserang wabak JE akibat dari binatang yang bernama " Babi "


Namun tidak banyak yang mampu kita lakukan cuma mengawal ladang-ladang ternakan babi namun setakat mana kita mencapai kejayaan sukar untuk kita nilai, yang pasti pihak bertanggungjawab telah melakukan yang terbaik untuk mencegah daripada wabak itu merebak.

Nanti apa pulak wabaknya yang akan muncul dan mengancam kehidupan kita. Yang pasti ianya mengancam kehidupan kita....pada saya ianya banyak menyedarkan kita bahwa " perternakan babi " lebih banyak mendatangkan keburukan.


Lantas, jagalah diri masing-masing agar terhindar dari wabak akibat selesema babi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan