25 Mac 2009

Jepun cipta seluar dalam, kasual tak berbau busuk

HOUSTON: Saintis angkasa lepas Jepun mencipta sesuatu yang amat berguna bagi remaja lelaki seluar dalam dan pakaian kasual yang tidak berbau busuk walaupun dipakai berkali-kali tanpa dibasuh.

Koichi Wakata, angkasawan pertama Jepun tinggal di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa sedang menguji pakaian berkenaan digelar J-ware yang dihasilkan pakar tekstil di Universiti Wanita Jepun, Tokyo.

"Beliau memakai seluar dalamnya lebih daripada seminggu tanpa dibasuh," kata Koji Yanagawa, seorang pegawai dengan Agensi Penerokaan Angkasa Lepas Jepun.


Tekstil pakaian Wakata, dibangunkan penyelidik Yoshiko Taya, direka bentuk untuk membunuh bakteria, menyerap air, menebat tubuh dan kering dengan segera. Ia juga rintangan api dan anti-statik, selain selesa dan amat bergaya.

Angkasawan Jepun Takao Doi melakukan percubaan ketika misi angkasa lepas tahun lalu. Walaupun selepas pelbagai aktiviti, pakaian Doi masih kering.

"Angkasawan lain berpeluh, namun beliau tidak berpeluh langsung. Beliau tidak perlu menyidai pakaian untuk dikeringkan," kata Yanagawa.

J-ware dapat mengurangkan jumlah pakaian yang perlu dibawa angkasawan ke stesen angkasa lepas yang tidak mempunyai kemudahan mencuci pakaian.

Membawa kargo ke orbit agak mahal, justeru memiliki pakaian yang sentiasa wangi selama beberapa minggu dapat memberi penjimatan ketara. Reuters


sumber: http://bharian.com.my/ 25.03.09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan