25 Mac 2009

Pelajar dilarang naik bas 3 hari gara-gara kentut

LAKELAND: Seorang pelajar Tahun Lapan di Florida dilarang menaiki bas sekolah tiga hari kerana didakwa melepaskan kentut dalam kenderaan itu hingga menyebabkan kekecohan.

Pemandu bas berkenaan mendakwa pelajar berusia 15 tahun itu menyebabkan bau yang amat busuk dalam kenderaannya hingga pelajar lain tidak terhenti-henti ketawa.

Pegawai sekolah Mukim Polk, berkata tidak ada peraturan melarang seseorang daripada melepaskan kentut dalam bas, tetapi tindakan pelajar terbabit menyebabkan kekecohan dalam bas, iaitu kesalahan. - Agensi 


http://bharian.com.my/ 25.03.09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan