05 Mac 2009

Kain 5 Sen Sehelai

KUALA TERENGGANU 4 Mac – Ketika rakyat Malaysia mengalami kesan akibat kegawatan ekonomi, sebuah syarikat perniagaan kain di sini mengadakan jualan murah sehingga lima sen sehelai.

Pelbagai jenis kain, pakaian dan tudung dijual dengan harga lima sen pada hari tertentu dalam promosi selama sebulan oleh syarikat Desa Murni bermula hari ini.
Pengurus syarikat itu, Suhaimi Embong berkata, sebanyak 300 helai tudung Sarimah Ekin yang dipamerkan hari ini habis dijual tidak sampai beberapa jam di keempat-empat cawangan syarikat itu selepas dibuka kira-kira pukul 8.30 pagi.

‘‘Promosi tudung Sarimah Ekin ini pada harga lima sen akan diadakan lagi pada 20 Mac dan 4 April ini di kedai kami di Batu Enam dan Pengadang Baru di Kuala Terengganu dan DM Pemborong di Kuala Berang,’’ katanya ketika ditemui di sini hari ini.

sumber: http://utusan.com.my/ 05.03.09


Bagusnya kedai ini jual kain dengan harga murah, rupanya lima sen masih ada nilai di pasaran kita. ????


Tiada ulasan:

Catat Ulasan