03 Mac 2009

Minum Susu Mampu Cegah Nyanyuk


LONDON: Meminum sekurang-kurangnya dua gelas susu setiap hari boleh membantu menghalang hilang ingatan dan penyakit Alzheimer ketika usia tua. Saintis dari Universiti Oxford mendapati susu adalah sumber terbaik vitamin penting untuk mengurangkan kerosakan saraf di otak yang boleh membawa kepada pelbagai bentuk masalah hilang ingatan.

Pesakit tua yang mempunyai tahap vitamin rendah dikenali sebagai B12 mengalami dua kali pengecilan otak berbanding mereka yang mempunyai tahap tinggi dalam tubuh mereka, kata kumpulan penyelidik berkenaan.

Mereka kini berharap untuk meningkatkan pengambilan vitamin B12 di kalangan orang tua untuk membantu melambatkan pe-ngurangan kognitif. Mereka menjalankan satu ujian klinikal yang bertujuan menunjukkan kemungkinan untuk merawat masalah ingatan di kalangan orang tua dengan bantuan vitamin tambahan.

Mereka juga percaya bahawa ia mungkin dapat melindungi kumpulan berkenaan daripada mendapat penyakit seperti Alzheimer yang menjejaskan 150,000 pesakit baru setiap tahun di England dengan meningkatkan pengambilan vitamin dalam diet mereka.

Profesor David Smith dari Projek Menyiasat Ingatan dan Penuaan Oxford, berkata dengan meminum hanya dua gelas susu sehari adalah mencukupi untuk menambahkan tahap vitamin B12 ke peringkat yang mencukupi.

sumber: http://bharian.com.my/ 02.03.09








Adakah benar susu mampu mencegah nyanyuk???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan